Petisyen Parlimen Marang: Hadi hadir ke mahkamah sebagai saksi

Petisyen Parlimen Marang: Hadi hadir ke mahkamah sebagai saksi

Petisyen Parlimen Marang: Hadi hadir ke mahkamah sebagai saksi. Presiden PAS Abdul Hadi Awang hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini sebagai saksi bagi perbicaraan petisyen PRU15 Parlimen Marang.

Ahli Parlimen Marang itu yang tiba di mahkamah pada sembilan pagi sebagai saksi ketiga bagi pihak responden, memberikan keterangan lebih satu jam dalam prosiding yang dijalankan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Hassan Abdul Ghani, yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya.

Ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, Abdul Hadi menzahirkan rasa syukur kerana perbicaraan hari ini berjalan lancar dan telah selesai menjawab semua soalan yang dikemukakan peguam kedua-dua pihak.

Petisyen Parlimen Marang: Hadi hadir ke mahkamah sebagai saksi

“Saya jawab semua soalan peguam. Insya-Allah kerana tidak melibatkan kesalahan undang-undang pilihan raya, lebih kepada perang saraf,” katanya.

Sementara itu, peguam Takiyuddin Hassan yang mewakili Abdul Hadi berkata pihak responden sudah selesai memanggil semua saksi bagi pihak mereka, dengan Abdul Hadi saksi yang terakhir.

“Tetapi pihak pempestiyen belum lagi selesai memanggil saksi bagi pihak mereka. Mereka kemukakan saksi (dan apabila selesai), kemudian kita akan berhujah,” katanya.

Turut hadir sebagai saksi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah, yang sebelum ini dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir memberi keterangan pada perbicaraan Khamis lepas.

Adun Negeri Bukit Payung itu hadir sebagai saksi bagi pihak pempetisyen.

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Feb lepas menolak bantahan awal yang dikemukakan Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN.

Hassan kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.

Pada 3 Jan, Umno Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemamanm di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS telah menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 Nov 2022, beberapa hari sebelum PRU15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Baca Lagi:
Wanita bersama 2 anak bawa parang cuba terjun jambatan
Dua lelaki dipercayai mabuk belasah pekerja kedai mamak
Hannah tak pernah dakwah Kristian kepada saya – Nor Miswary
CATEGORIES