Peti sejuk cepat berkulat & busuk?, guna 2 bahan ini pasti puas hati

Photo of author

By Syima Iza

Peti sejuk cepat berkulat & busuk?, guna 2 bahan ini pasti puas hati.

Peti sejuk merupakan perkakas elektrik yang digunakan untuk menyimpan bahan-bahan makanan agar dapat bertahan lebih lama. Suhu yang rendah dalam peti sejuk dapat melambatkan pembiakan bakteria, sekali gus menyebabkan makanan terpelihara daripada rosak dengan cepat.

Namun, apabila peti sejuk mengalami masalah seperti tidak dapat berfungsi seperti biasa atau bekalan elektrik terputus, suhu dingin dalam peti sejuk tidak dapat dikekalkan. Lama-kelamaan, situasi ini akan menyebabkan bakteria dan kulat tumbuh pada bahagian dalam peti sejuk. Ia juga berpotensi menyebabkan bau tidak enak terbentuk di dalam.

Peti sejuk cepat berkulat & busuk?, guna 2 bahan ini pasti puas hati

Tetapi, situasi boleh menjadi tidak menyenangkan apabila kulat dan bau masih kekal walaupun peti sejuk sudah dibersihkan dengan sebaik mungkin. Lalu ada yang tertanya-tanya, apakah yang perlu dilakukan?

Seorang pengguna TikTok (@warnacreamade) tampil berkongsi tip bagaimana mahu menghilangkan kulat dan bau yang ada selepas peti sejuk dibersihkan. Katanya, apa yang perlu dilakukan di peringkat awal adalah memastikan semua kesan kulat pada permukaan tempat simpanan disingkirkan terlebih dahulu.

Namun sebelum itu, pastikan anda memakai sarung tangan dan pelitup muka kerana kulat-kulat itu dikhuatiri boleh mendatangkan masalah kesihatan pada diri. Cuci bahagian yang ditumbuhi kulat dengan menggunakan sabun agar kulat tersebut tidak dapat tersebar dan merebak di dalam peti sejuk.

Dua Bahan Ini Mampu Menghilangkan Bau Kulat Dalam Peti Sejuk

@warnacreamade Pakai 2 benda confirm settle ✅ #fyp #tipsandtricks ♬ Into Your Arms (feat. Ava Max) – Witt Lowry

Dalam video TikTok yang berdurasi satu minit tujuh saat itu, pengguna tersebut menggunakan dua bahan untuk menghilangkan bau kulat.

Pertama, pengguna TikTok tersebut menggunakan esen vanila yang dicampur dengan sedikit air. Untuk makluman, esen vanila mempunyai aroma yang segar dan wangi yang mana dapat memastikan peti sejuk kita tidak berbau busuk. Apa yang perlu dibuat adalah dengan menggunakan kain bersih, lap campuran esen vanila dengan air itu tadi pada permukaan dalam peti sejuk.

Kedua, pengguna TikTok berkenaan menggunakan serbuk penaik yang berfungsi untuk menyerap bau-bauan. Anda hanya perlu tuangkan beberapa sudu serbuk penaik ke dalam mangkuk dan masukkan mangkuk tersebut ke dalam peti sejuk.

Dengan cara ini, anda dapat menghilangkan kulat dan bau tidak enak dalam peti sejuk dengan lebih berkesan.

Baca Juga:

Isteri merangkak naik dari gaung setelah ditolak suami di JRTB Gerik-Jeli
‘Remuk hati lihat keadaan rumah, penyewa jadikan rumah aku sarang bitcoin’
Pekerja bank cantum 100,000 cebisan wang kertas bernilai RM20,000 setelah dipotong kakak ipar