Petaling Jaya, Manjung dan Kluang dikitiraf antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia20

Photo of author

By Syima Iza

Petaling Jaya, Manjung dan Kluang dikitiraf antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia. Bandar raya Petaling Jaya, Manjung dan Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Paling Bahagia 2022 di Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia yang jatuh pada 20 Mac setiap tahun.

Turut tersenarai adalah bandar Gua Musang, Klang, Kulai, Krai, Kuantan, Rompin dan Alor Gajah yang dipilih sebagai bandar paling bahagia melalui Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022 yang dijalankan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Indeks kebahagian merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi aspek kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

Petaling Jaya, Manjung dan Kluang dikitiraf antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia

Antara aspek utama yang menyumbangkan kepada tahap kebahagian adalah berkait rapat dengan tahap dan kualiti perkhidmatan yang diberikan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan kutipan sampah yang berkesan dan teratur.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan memberitahu, Datuk M Noor Azman Taib, kajian itu melibatkan 42,000 responden dari 117 pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Daripada kajian itu, kita dapati 79 peratus atau 92 bandar mencapai status mampan dengan skor melebihi 80 peratus sementara 25 bandar (21 peratus) mencatatkan peratus sederhana bahagian dengan skor antara 50 dan 79 peratus,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2023 di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, kata M Noor Azman, pengukuran indeks Kkebahagiaan di Malaysia dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets.

Menurutnya, MURNInets merupakan satu sistem di bawah seliaan PLANMalaysia bagi mengukur kemampanan kawasan PBT di Malaysia.

Baca Lagi:
PKR cabar Hadi nyatakan pendirian setelah dituduh ‘lawan Quran’
Wanita bersama 2 anak bawa parang cuba terjun jambatan
Anak tertekan ibu bantah buat majlis kahwin kecil, mahu jemput 1,000 tetamu