Pesohor TikTok roboh rumah selepas suami ‘kantoi’ curang

Photo of author

By Syima Iza

Seorang selebriti TikTok dari Indonesia, Acil Jouleha, merobohkan rumah yang didiami bersama suaminya selepas lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan wanita lain, lapor laman berita BanjarmasinPost semalam.

Acil berasal dari Amuntai, wilayah Kalimantan Selatan, manakala rumah tersebut didirikan di atas tanah milik mentuanya.

Kisah mengenainya dimuat naik di platform TikTok menerusi akaun @miralestari1191 kelmarin.

Pesohor TikTok roboh rumah selepas suami 'kantoi' curang

Wanita itu juga enggan membayar sebanyak 300 juta rupiah (RM88,013) kepada mentuanya sebagai syarat jika dia mahu terus tinggal di rumah tersebut.

Sebaliknya, selepas rumah itu dirobohkan, Acil dilaporkan memilih untuk pulang ke rumah ibu bapanya di Kuta Kartanegara, Kalimantan Timur.

@mesdafradita.70 rata dengan tanah dah rumah acil jouleha🥹 #acilviral #selingkuh #selingkuhviral #fyp #rumahdirobohkan #amuntai #rumahviral #bagaikanbungayanglayu ♬ Perceraian Lara – Ipank

Baca Juga:
‘Saya minta bakal mentua belikan cincin emas harga RM800 bukannya RM20,000’
Apa dah jadi dengan bola sepak Malaysia?, kali ni penyokong JDT pula yang kena
Semua dia sapu, ini baru betul layak digelar ‘influencer’ nombor satu di Malaysia