Pesawat terhempas di Elmina: Remy Ishak terkejut baru jumpa juruterbang selasa lalu

Photo of author

By Syima Iza

Pesawat terhempas di Elmina: Remy Ishak terkejut baru jumpa juruterbang selasa lalu.

Pelakon Remy Ishak antara individu yang turut terkesan dengan nahas pesawat jenis Beechcraft yang terhempas di Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.

Berkongsi di Instagram, kata Remy, 41, dia antara individu yang sempat bertemu dengan juruterbang pesawat ringan terbabit, Kapten Shahrul Kamal, kali terakhir pada dua hari lalu.

Pesawat terhempas di Elmina: Remy Ishak terkejut baru jumpa juruterbang selasa lalu

“Takziah buat Shefa sekeluarga atas pemergian Kapten Shahrul Kamal dalam nahas pesawat yang berlaku di Elmina semalam.

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah (Kapten Shahrul Kamal) dan isterinya, Shefa at Mozers Shah Alam.

“Hari ni buka WhatsApp dapat berita sedih ini. I’m so sorry to hear this Shefa. Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang yang beriman,” kata Remy memanjat doa.

Remy turut berkongsi foto-foto yang sempat dirakamkan bersama arwah ketika pertemuan mereka baru-baru ini.

Pesawat terhempas di Elmina: Remy Ishak terkejut baru jumpa juruterbang selasa lalu

Allahyarham Shahrul, 42, bersama sembilan lagi individu termasuk seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal maut selepas pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.

Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.

Baca Lagi:
Bank tersilap, orang ramai beratur di ATM boleh keluar ‘wang percuma’ sehingga RM5,049
Tragedi pesawat terhempas: Saya dengar mangsa jerit ‘Allahuakbar’ – Saksi
Ramai yang tak tahu Kelantan pernah jadi pusat pelacuran terbesar, digelar sebagai ‘Paris of Malaya’