Pesawat Japan Airlines terbakar ketika mendarat selepas bertembung dengan pesawat pengawal pantai

Photo of author

By Syima Iza

Pesawat Japan Airlines terbakar ketika mendarat selepas bertembung dengan pesawat pengawal pantai.

Sebuah pesawat Japan Airlines dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo pada Selasa dan anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran ketika ini.

Japan Airlines memaklumkan, pesawat 516 terbabit dalam perjalanan dari Lapangan Terbang New Chitose, Hokkaido menuju ke Lapangan Terbang Haneda.

Pesawat Japan Airlines terbakar ketika mendarat selepas bertembung dengan pesawat pengawal pantai

Menurut laporan NHK, api yang marak kelihatan menjulang keluar dari tingkap-tingkap dan bahagian atas pesawat ketika ia masih lagi dalam pergerakan, menurut laporan media tempatan dan imej yang kini tersebar di media sosial.

Dilaporkan, pesawat terbabit dipercayai terlanggar sebuah pesawat pengawal pantai Jepun sejurus mendarat di Lapangan Terbang Haneda.

Susulan insiden tersebut, semua pesawat yang sepatutnya mendarat di lapangan terbang itu dilencongkan ke lokasi lain.

Baca juga:
Juruterbang rakam cahaya aneh dalam hutan tebal di atas ruang udara Vietnam
Lelaki ubahsuai kereta tanpa tayar bikin mekanik Jepun garu kepala
Walaupun duit Malaysia tengah lemah, ini senarai 5 negara yang boleh pergi melancong dengan tenang