Pesara kerajaan rugi RM44,500 selepas diugut sebar video bogel

Pesara kerajaan rugi RM44,500 selepas diugut sebar video bogel

Perkenalan seorang lelaki warga emas dengan seorang wanita warga asing melalui Facebook Messenger bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia diugut untuk disebarkan video bogelnya.

Malah mangsa berusia 61 tahun itu turut mengalami kerugian RM44,500 apabila terpaksa membayar suspek bagi mengelakkan videonya disebarkan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang merupakan pesara kerajaan berkenalan dengan suspek yang menggunakan nama akaun ‘Ayuni Seri’ di Facebook Messenger pada 29 Mei lalu.

Pesara kerajaan rugi RM44,500 selepas diugut sebar video bogel

“Suspek kemudian telah meminta nombor telefon mangsa dan mula menghubunginya melalui WhatsApp untuk ajak berbual dengan menggunakan nombor telefon 62821-7910-6069. Namun ia tidak diendahkan oleh mangsa.

“Bagaimanapun pada 3 Jun lalu, suspek telah menghubungi mangsa menerusi panggilan video dalam keadaan tidak berpakaian,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Ujarnya, suspek kemudiannya telah meminta mangsa membuka pakaian dan mangsa telah membuka seluar serta menunjukkan kemaluannya kepada suspek.

“Panggilan video tersebut telah berlangsung lebih kurang seminit dan selepas itu suspek telah menghantar video tersebut kepada mangsa.

“Oleh kerana takut hal itu terbongkar, mangsa telah memadamkan video berkenaan,” katanya.

Tambahnya, pada keesokan hari, mangsa masih menerima video sama daripada suspek dan meminta bayaran sebanyak 15 juta rupiah untuk memadamkan video tersebut.

Katanya, dia turut mengugut untuk menyebarkan video tersebut kepada keluarga dan kenalan mangsa sekiranya tidak mendapat wang terbabit.”Mangsa cuba berunding dan suspek memintanya buat pembayaran sebanyak RM2,000.

“Pada hari berikutnya sehingga semalam (7 Jun), mangsa masih diugut oleh suspek dan mangsa telah membuat lima transaksi ke tiga nombor akaun berlainan berjumlah RM42,500 melalui kiriman wang,” katanya.

Bagaimanapun jelas Chang Hook, ugutan itu masih berterusan dan mangsa diminta memasukkan wang sebanyak RM58,500 untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jelasnya, oleh kerana sudah tiada wang, mangsa tidak menghiraukan mesej tersebut dan telah membuat laporan polis pada Sabtu.

“Siasatan lanjut masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Juga:
Guru lelaki didakwa hisap kemaluan pelajar ketika tidur
Angkasawan Apollo 8 William Anders maut dalam nahas pesawat
Puteri Sarah selar netizen pengecut selepas difitnah bermaksiat
CATEGORIES