Pesakit Dialisis kalau nak tunai umrah kena baca ini dulu!

Photo of author

By Syima Iza

Pesakit Dialisis kalau nak tunai umrah kena baca ini dulu!

Pesakit dialisis pastinya mempunyai impian untuk menunaikan umrah, namun ia tidak semudah yang disangka kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira agar semuanya berjalan lancar.

Menerusi perkongsian Dr Rafidah di laman Facebooknya, 9 pesanan penting diberikan kepada pesakit dialisis supaya tidak menyebabkan sebarang kejadian buruk berlaku ketika menunaikan umrah.

Pesakit Dialisis kalau nak tunai umrah kena baca ini dulu!

Pesanan kepada pesakit dialisis yang nak ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, ada beberapa perkara anda kena ambil tahu.

1. Pastikan guna visa umrah sahaja.

2. Pastikan sesi dialisis telah disediakan dan lebih baik sekiranya di fasiliti swasta.

3. Elakkan pergi masa ramai orang kerana lebih susah untuk dialisis dan risiko jangkitan kuman tinggi.

4. Cuci air lebih balik (dialisis peritoneal), dialisis darah risiko jangkitan virus hepatitis.

5. Pastikan imunisasi lengkap.

6. Mohon kebenaran doktor yang merawat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

7. Bawa senarai ubat dan bekal secukupnya.

8. Bawa surat yang mempunyai senarai penyakit anda.

9. Elok ada tambahan insuran perubatan yang boleh menerima rawatan di fasiliti kesihatan swasta.

Selain itu, ada juga pesanan kepada agensi pakej umrah supaya:

– Tidak ambil ringan mengenai rawatan pesakit dialisis. Kalau terlepas satu sesi, boleh memudaratkan kesihatan dan risiko maut.

– Pastikan dah tempah tempat dialisis lebih awal. Bukan di sana baru nak mencari.

– Kalau tak mampu nak jaga pesakit dialisis, tolong jangan ambil risiko.

Jadi, dinasihatkan agar kedua-dua pihak tidak mengambil ringan perkara sedemikian kerana ia melibatkan nyawa. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada pesakit dialisis di luar sana.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu, ini sebab kenapa juruterbang & pembantunya tidak boleh makan makanan ketika bertugas
Dah lama tak dapat nafkah zahir batin, wanita jaga suami strok 8 tahun nekad bercerai
Ramai masih keliru status wuduk selepas terpijak tahi cicak, ini penjelasan mufti