Pertemuan setelah terpisah 6 tahun bekerja di Australia, wanita ini buat kejutan buat anak-anak, ibu tercinta

Pertemuan setelah terpisah 6 tahun bekerja di Australia, wanita ini buat kejutan buat anak-anak, ibu tercinta

Pertemuan setelah terpisah 6 tahun bekerja di Australia, wanita ini buat kejutan buat anak-anak, ibu tercinta.

Menerusi video itu, kelihatan anak-anak Azura turut menyemak fotonya di dalam telefon untuk memastikan insan yang berada di hadapan mereka adalah bonda yang dirinduinya.

Umum pasti mengetahui sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk bekerja bagi menyara keluarga.

Pertemuan setelah terpisah 6 tahun bekerja di Australia, wanita ini buat kejutan buat anak-anak, ibu tercinta

Malah pasti setiap ibu bapa ingin anak yang disayangi hidup dalam keselesaan dan mendapat pelajaran yang baik sehingga ada yang sanggup merantau ke negara orang untuk bekerja.

Terpisah enam tahun dengan anak-anak kerana bekerja di Australia.

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Azura, apabila dia terpisah selama enam tahun dengan keluarga serta anak-anak kerana bekerja di Australia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh adik Azura iaitu Adlina di TikTok, awalnya kelihatan Azura baring di atas sebuah kerusi cuba untuk menyembunyikan diri daripada dilihat oleh dua orang anak lelakinya yang ketika itu sedang masuk ke dalam rumah.

Hanya berhubung melalui panggilan video.

Dia kemudian bangun dari kerusi tersebut dan berdepan dengan dua anak kecil itu. Mereka dilihat gembira sebaik terpandang wanita yang dipanggil bonda itu namun dalam masa was-was kerana sudah lama tidak bersua muka dengan insan itu.

Ini kerana selama terpisah mereka hanya berhubung melalui panggilan video.

“Enam tahun terpisah, bonda merantau bekerja bukan sengaja meninggalkan anak. Bonda pergi bekerja.

“Anak-anak tak cam (ingat) wajah bonda. Selalu video call tapi anak masih tak pasti. Setiap kali raya dan hari jadi bonda mesti akan selalu kirimkan hadiah untuk anak-anak,” kata Adlina.

Anak siap ambil gambar lihat persamaan ibu.

Dalam video turut kelihatan si ibu cuba menyakinkan anak-anak bahawa itu benar-benar bonda mereka.

Mereka turut melihat gambar ibunya untuk memastikan ia adalah orang yang sama sebelum berlari memeluk insan tersayang itu sambil menangis.

“Asmara ditinggalkan semasa berusia lima tahun, Arjuna pula ditinggalkan semasa berusia dua tahun.

“Bonda sangat kuat, dia melakukan segala yang perlu untuk memastikan kamu dapat hidup dengan baik.”

@mummynada 2 3 hari ni menangis je.. kjp nangis, kjp gelak… Moga Allah merahmati kami sekeluarga… Amin.. #motherlove #son #family #merantau_jauh_demi_keluarga #merantaukenegriorang #fyyp #fypシ #fypシ゚viral #fyp #gofyp ♬ DoaKu UntukMu SAYANG Cover by MEISITA LOMANIA – 𝑵𝒐𝒐𝒓𝒎𝒂𝒏𝒔❦︎𓆙

Anak-anak tinggal bersama wan atau nenek ketika ibu di perantauan.

Adlina ketika ditemubual BuzzKini berkata selama ketiadaan Azura, anak-anaknya itu tinggal bersama neneknya di Batu Caves, Selangor.

Namun selepas ini kanak-kanak itu tidak perlu lagi menahan rindu kepada bonda tersayang kerana Azura telah kembali menetap di Malaysia.

Malah ujar Adlina, kakaknya itu ketika ini sibuk menguruskan anak-anak untuk dibawa berkhatan memandangkan mereka sedang bercuti panjang.

Turut buat kejutan untuk ibu tercinta dan adik-beradik yang lain

@mummynada Bertemu kembali setelah 6 tahun terpisah.. #familygoals #family #thesibling #merantau_jauh_demi_keluarga #merantau #fypシ #fypシ゚viral ♬ Thank You for Being You – OctaSounds

Dalam satu lagi hantaran, Adlina turut berkongsi momen ketika kakaknya itu membuat kejutan kepada ibu dan adik-beradik lain mengenai kepulangannya ke Malaysia.

Kata wanita itu lagi, kakaknya telah pulang ke tanah air pada 15 Disember lalu.

Mengintai di ruangan komen, momen anak beranak itu telah membuatkan ramai tersentuh,

Ada juga yang berpesan kepada orang ramai yang masih mempunyai ibu untuk menghargai insan berkenaan.

“Sebak part tengok gambar dekat telefon dulu. Nak pastikan betul ke tak”

Pertemuan setelah terpisah 6 tahun bekerja di Australia, wanita ini buat kejutan buat anak-anak, ibu tercinta

“Terus air jernih jatuh mengalih bila bonda dan anak berpelukan, enam tahun masa yang lama tau”

Pertemuan setelah terpisah 6 tahun bekerja di Australia, wanita ini buat kejutan buat anak-anak, ibu tercinta

“Alhamdulillah, ibu yang hebat. Pastinya akan balik untuk pelukan. Bahagia tengok anak-anak dapat kasih sayang”

Pertemuan setelah terpisah 6 tahun bekerja di Australia, wanita ini buat kejutan buat anak-anak, ibu tercinta

Baca lagi:
Boleh saman tunang jika batalkan perkahwinan, simpan resit sebagai bukti!
Budak 17 tahun menang cabutan bertuah kereta BMW, jawab ‘tak tahu’ lepas menang hadiah kereta
“Kita ingat ini ‘filter’ kak, rupanya betul-betul makeup” – Solekan tebal Sharifah Shahirah buat netizen geli hati
CATEGORIES