Pertandingan termenung selama 90 minit, pemenang dapat hadiah RM288

Pertandingan termenung selama 90 minit, pemenang dapat hadiah RM288

Pertandingan termenung selama 90 minit, pemenang dapat hadiah RM288. Sebuah syarikat pengendali taman permainan, Universal Board Game Land dekat daerah Agam, Indonesia telah menganjurkan satu pertandingan termenung selama 90 minit.

Menurut pemiliknya, Winda Vares, pertandingan itu diadakan pada jam 2 petang kerana ia adalah masa yang paling sesuai untuk mengelamun sehingga ke lewat petang.

Ujar Winda, idea asal untuk menganjurkan pertandingan ini adalah dari Korea, yang mana tujuannya adalah untuk membuktikan sama ada manusia boleh bertahan tanpa telefon bimbit dan tidak berinteraksi secara sosial.

Pertandingan termenung selama 90 minit, pemenang dapat hadiah RM288

“Bolehkah mereka meluangkan masa 90 minit untuk diam dan bermuhasabah? Apatah lagi kita bakal memasuki bulan suci Ramadan.

“Refleksi diri, apa yang telah dilakukan dan apa yang akan dilakukan pada masa hadapan, Jadi, peserta bukan mengelamun tanpa tujuan,” katanya.

Selain tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon bimbit dan bercakap, peserta juga dilarang untuk makan, minum dan juga ke tandas sepanjang tempoh pertandingan itu.

Pemenang pertandingan ini diminta untuk menulis isi kandungan menceritakan apa yang difikirkannya ketika dia sedang mengelamun.

Malah pemenang juga akan membawa pulang hadiah 1 juta Rupiah (kira-kira RM288).

Baca Lagi:

Lelaki jadi jutawan sekelip mata lepas jumpa syiling emas bernilai RM3.7 juta
Isteri berkurung 3 tahun takutkan Covid-19, suami terpaksa menyewa rumah lain
Pesara jadi jutawan sekelip mata, menang cabutan utama BIMB bernilai RM1 juta
CATEGORIES