Pertama kali netizen Malaysia & Indonesia bersatu hati kecam rekaan poster FAM.
Netizen Indonesia dan Malaysia bersatu hati mempersendakan rekaan grafik yang dikongsi di laman rasmi X Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Rekaan grafik tersebut, yang memaparkan jadual perlawanan Harimau Malaya dalam Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 yang bakal berlangsung Disember ini, dikritik kerana dianggap buruk dan tidak menarik.
Malangnya, perhatian di ruangan komen lebih tertumpu kepada kritikan terhadap rekaan poster tersebut, yang dianggap murahan dan kurang profesional. Beberapa peminat dari Indonesia turut melabelkan rekaan itu menyerupai pamplet kedai menjual pecel lele.
Kritikan bertali arus diterima pasukan media FAM, terutamanya daripada netizen seberang yang mengambil peluang untuk mengecam.
Mereka mempersoalkan pemilihan font, komposisi warna, serta kualiti keseluruhan poster. Ada juga yang mempertikaikan adakah di Malaysia sudah kekurangan pereka grafik berbakat untuk menghasilkan rekaan yang lebih baik.
‘Graphic Designer adalah hidup saya’.
Cuba tag siapa media FAM ni. https://t.co/kOu25FfHwW— wafiyyyyy (@wafiyqqqq) November 26, 2024
Seorang peminat dari Malaysia pula menyindir dengan berkata, “Walaupun gaji sangkut, poster KDA FC lagi cantik.” Menurutnya, isu ini hanya mencemarkan imej negara.
Sementara itu, platform One Football Malaysia turut menyifatkan pasukan media FAM sebagai kurang kreatif walaupun sudah memasuki tahun 2024.
Pasukan Media FA Malaysia sangat tidak kreatif di tahun 2024.
Page tertinggi bola sepak Malaysia hire orang macam ini ? Media pasukan liga sosial lebih menyerlah dari media FA Malaysia.
Ketua media FA Malaysia patut dipersalahkan ! pic.twitter.com/9gvLT1xVaq
— Onefootball.my (@OnefootballM) November 26, 2024
Mereka menambah bahawa pereka grafik pasukan liga sosial di Malaysia pun ramai yang lebih berbakat berbanding media FAM, yang sepatutnya menjadi wajah utama bola sepak negara.