Persediaan menghadapi banjir, lelaki ini ‘bungkus’ Lamborghini Aventador S miliknya guna plastik besar

Photo of author

By Syima Iza

Persediaan menghadapi banjir, lelaki ini ‘bungkus’ Lamborghini Aventador S miliknya guna plastik besar.

Musim tengkujuh adalah satu fenomena biasa yang berlaku apabila tibanya hujung tahun. Ketika ini, kebanyakkan tempat khasnya di negeri di Pantai Timur akan berdepan dengan bencana banjir.

Pelbagai persediaan telah pun dibuat mereka yang biasa berdepan dengan banjir, misalnya tindakan seorang lelaki ini yang membuat penyelesaian kreatif dengan ‘membungkus’ kereta mewah jenis Lamborghini Aventador S miliknya dalam satu plastik besar.

Persediaan menghadapi banjir, lelaki ini 'bungkus' Lamborghini Aventador S miliknya guna plastik besar

Menerusi video berdurasi hampir 30 saat, lelaki itu memasukkan kereta Lamborghini ke dalam plastik besar dan mengikatnya supaya tidak dimasuki air.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen. Rata-ratanya memuji kreativiti pemilik kereta mewah itu dalam persediaan menghadapi musim tengkujuh yang berlaku di tempat tinggalnya.

@tamizimohamadBesi Biru…Kita sarung ikat ketat2 🫡

♬ original sound – k4iwen – datkxi

Baca Lagi:
YouTuber terkenal buat aksi berani mati, ‘mengebumikan’ dirinya dalam keranda bawah tanah selama seminggu
Kes Altantuya: Sirul dakwa jadi kambing hitam, akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Kecoh pelamin pengantin tiba-tiba runtuh ketika sesi bergambar