Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 cari lelaki lapah kucing

Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 cari lelaki lapah kucing

Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menawarkan ganjaran RM3,000 kepada individu yang menyalurkan maklumat mengenai seorang lelaki, yang disyaki warga Myanmar, yang melapah seekor kucing seperti yang tular di media sosial.

Presidennya, Ari Dwi Andika, berkata kejadian tersebut disyaki berlaku di negara ini berdasarkan perbualan lelaki itu di dalam video berkenaan yang menggunakan bahasa Malaysia.

Menurutnya, satu siasatan menyeluruh mengenai pembunuhan haiwan peliharaan itu perlu dilakukan bagi mengenal pasti kaedah dan niat sama ada ia bertujuan dijadikan makanan atau sekadar suka-suka.

Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 cari lelaki lapah kucing

“Jika siasatan mendapati kucing sengaja dibunuh dan untuk tujuan konten media sosial, pelaku perlu ditangkap, disiasat, dan seterusnya dihadapkan ke muka pengadilan. Secara moral, tindakan membunuh kucing untuk tujuan makanan bukanlah budaya masyarakat Malaysia dan ia tidak boleh dinormalisasikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mengenali atau pernah melihat lelaki yang melapah kucing itu supaya menyalurkan maklumat lengkap kepada MAA menerusi aplikasi WhatsApp di talian 014-6345464.

Katanya, maklumat itu bagi membolehkan satu laporan rasmi dibuat kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

“Ganjaran RM3,000 ditawarkan kepada saksi yang menyalurkan maklumat atau boleh mengesahkan kejadian sehingga tertangkapnya pelaku dan dibuktikan bersalah serta dijatuhi hukuman,” katanya.

MAA turut memuat naik rakaman video yang menunjukkan perbuatan kejam lelaki berkenaan di laman sosial Facebook dan Instagram rasmi mereka.

Menerusi rakaman berdurasi 48 saat itu, seorang lelaki memegang pisau sebelum melapah seekor kucing yang sudah mati.

Baca Juga:
Tiba-tiba makan guna sudu garpu, tunang ‘kantoi’ curang dengan rakan sekerja
‘Apa masalah kau?’ – Pemandu undur kereta secara mendadak selepas bayar tol undang tanda tanya
EURO 2024: Budak lelaki ceroboh padang berswafoto dengan Ronaldo dikejar keliling padang
CATEGORIES