“Perosak makanan tempatan”- Netizen berang peniaga buat jual sate ‘cheese’ leleh

Photo of author

By Syima Iza

“Perosak makanan tempatan”- Netizen berang peniaga buat jual sate ‘cheese’ leleh.

Walaupun cheese leleh dikatakan boleh menambah kesedapan pada makanan, tetap tidak bermaksud ia sesuai dipadankan pada semua juadah makanan.

Baru-baru ini tular sebuah video di laman X yang memaparkan kedai menjual sate dengan gandingan cheese leleh bertempat di Ipoh.

"Perosak makanan tempatan"- Netizen berang peniaga buat jual sate 'cheese' leleh

Menerusi video itu, dapat dilihat seorang seorang wanita sedang review makanan di kedai itu. Antara makanan yang dijual adalah sate cheese ayam dan sate cheese daging.

Cheese yang diletakkan itu sangatlah banyak kerana bukan setakat sos keju sahaja, malahan sate itu juga disaluti keju mozarella yang boleh ditarik panjang.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 386.9K views, 746 reposts dan 67 likes di X, netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Rata-ratanya netizen mempersoalkan apakah rasionalnya meletakkan cheese leleh pada sate kerana mereka merasa serba tidak kena gandingan tersebut.

"Perosak makanan tempatan"- Netizen berang peniaga buat jual sate 'cheese' leleh "Perosak makanan tempatan"- Netizen berang peniaga buat jual sate 'cheese' leleh

Malah, netizen juga mendakwa tindakan itu telah merosakkan juadah tempatan yang selama ini terbukti kesedapannya tanpa perlu inovasi sebegini. Ada sebahagian pengguna lain pula tertanya-tanya sama ada rasa sate itu bertambah sedap atau hanya sekadar hype untuk menarik pelanggan semata-mata.

Baca Juga:
“Yana lihat daddy pegang sekeping kertas di tangan”
Budak perempuan 12 tahun lari minta bantuan guru setelah didera ibu tiri
Dari mana ia datang? Gempar buaya besar ditemui berehat di kawasan sawah padi