
Perodua Myvi hilang kawalan rempuh dua pejalan kaki hingga maut
Perodua Myvi hilang kawalan rempuh dua pejalan kaki hingga maut. Dua pejalan kaki maut dirempuh Perodua Myvi yang hilang kawalan dalam kejadian di Jalan Raja Laut, di sini awal pagi semalam.
Kejadian pada jam 3 pagi itu dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi melanggar Proton Wira yang mengubah haluan sebelum hilang kawalan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian kemalangan berkenaan membabitkan empat kenderaan dan empt pejalan kaki.
“Siasatan awal mendapati, Perodua Myvi terbabit hilang kawalan sebelum melanggar empat pejalan kaki menyebabkan dua daripadanya maut.
“Seorang mangsa berusia 22 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi pejalan kaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, dua mangsa pejalan kaki yang lain mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di hospital.
@ishxhbudin.13 Myvi eksiden 2 org maut. #chowkit #jalanrajalaut #mg3 ♬ original sound – Ishxhbudin.13
@black_torpedo Eksiden depan Menara Raja Laut 19/3/2023 pukul 03:06 a.m. Myvi merah sodok kereta Alza tengah parking. Katanya dua maut. #klproblem #mara #rempit #viral #viralvideo ♬ original sound – 乃レムᄃズ🕸️⚫
@djfaisal95 alfatiha#eksiden#depanbangunanrajalaut#kualalumpur ♬ suara asli – tania_wija_tau_sogi
“Pemandu Proton Wira berusia 22 tahun dan pemandu Perodua Myvi berusia 20 tahun tidak mengalami kecederaan dan sedang direman selama 4 hari untuk siasatan selanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu merbahaya sehingga menyebabkan kematian,”katanya.