Pernah tiduri lebih 20 wanita, Jefri Nichol sekali lagi buat pengakuan pernah makan daging babi

Photo of author

By Syima Iza

Pernah tiduri lebih 20 wanita, Jefri Nichol sekali lagi buat pengakuan pernah makan daging babi.

Selepas mengejutkan ramai dengan pengakuan pernah meniduri lebih 20 wanita, pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol, sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan dirinya pernah menjamah daging khinzir.

Pelakon berusia 25 tahun itu mengakui tindakan tersebut dilakukan sebagai salah satu usaha untuk menambah berat badannya sebagai persediaan menghadapi perlawanan tinju dengan pelakon dan penyanyi, El Rumi.

Pernah tiduri lebih 20 wanita, Jefri Nichol sekali buat pengakuan pernah makan daging babi

“Saya perlu menambah berat badan sebanyak 10 kilogram supaya sama berat dengan El Rumi. Saya makan banyak daging, termasuk daging babi,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan audio siar milik pengacara terkenal Indonesia, Vincent dan Desta, baru-baru ini.

Reaksi Pengacara dan Penonton

Pendedahan tersebut mengejutkan bukan sahaja penonton, tetapi juga Desta yang tergamam dengan jawapan Jefri. Desta pada mulanya menyangka Jefri bukan seorang Muslim.

Namun, pelakon filem Ali Topan itu segera menafikan tanggapan tersebut dan menjelaskan bahawa dia beragama Islam.

“Saya Muslim,” katanya sebelum dinasihati oleh Desta agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Kritikan Netizen
Pengakuan itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Ramai yang meluahkan rasa kurang senang, menyifatkan tindakan Jefri tidak menjaga nama baik agama Islam.

Sebelum ini, Jefri juga mencetuskan kontroversi apabila mengakui bahawa bahagian tubuh wanita yang paling menarik perhatiannya adalah punggung.

Nama Jefri turut menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen Malaysia apabila dia dikaitkan dengan hubungan istimewa bersama pempengaruh terkenal Ameera Khan, yang juga adik kepada selebriti terkenal Neelofa.

Pendedahan ini sekali lagi meletakkan Jefri dalam perhatian, dengan ramai yang menantikan respons dan tindakan lanjut daripada pelakon itu terhadap kritikan yang diterimanya.

Baca Juga:
Terdesak mahu guna duit, lelaki tahan kereta peronda polis untuk jual jam ‘G-Shock’
Ini respon PMX selepas tular video pendakwah gelar penjual air sebagai ‘Bodoh’
Penjual teh ais yang dihina di khalayak ramai terima hadiah umrah, wang tunai