Pernah tidur sebantal dengan hantu raya, lelaki ini sempat rakam ‘sesuatu’ main kereta mainan depan rumah tengah malam

Photo of author

By Syima Iza

Pernah tidur sebantal dengan hantu raya, lelaki ini sempat rakam ‘sesuatu’ main kereta mainan depan rumah tengah malam.

Kisah seram diusik entiti sejak kebelakangan ini nampaknya banyak dikongsikan dalam media sosial terutamanya menerusi aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, banyak video pendek yang dikongsikan pengguna TikTok membuatkan ramai tergamam dan meremang bulu roma.

Pernah tidur sebantal dengan hantu raya, lelaki ini sempat rakam 'sesuatu' main kereta mainan depan rumah tengah malam

Apa yang membuatkan ramai tertanya-tanya, bagaimana mereka mampu merekod insiden yang tidak disangka-sangka itu dengan penuh keberanian?

Sedikitpun tidak menggigil, malah semakin berani mendekati kawasan tersebut tanpa rasa takut.

Seperti video dikongsikan pengguna TikTok yang dikenali sebagai Muhamad Ashraf, beliau sempat merekod ‘sesuatu’ seperti sedang bermain kereta mainan yang diletakkan di depan sebuah rumah.

Perkongsian pemuda tersebut membuatkan ramai terkejut dan teruja dapat melihat sendiri entiti tersebut dikatakan sedang asyik ‘bermain’.

Pemuda tersebut difahamkan mahu pulang ke rumahnya dan ketika itu masa menunjukkan jam 12 tengah malam.

Dalam video itu juga, beliau sempat meminta izin untuk tumpang lalu selepas melihat kereta mainan berhenti sendiri.

Aduhai, memang berani ya beliau seorang diri berdepan situasi menyeramkan seperti itu.

@muhamadasraf3 Bayangkan hari jumaat pkul12am nk balik rumah block B nk blik ikt lift tapi ad si adk 2 org #Videoleap #fyp #seram #indonesia #malaysia #fypシ #virall ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Rata-rata pengguna yang mengikuti perkongsian tersebut sempat bertanyakan soalan bagaimana pemuda tersebut begitu berani merekod suasana itu.

Ini kerana kebanyakan orang yang berdepan dengan situasi sebegitu, pasti akan cabut lari menyelamatkan diri.

Pertanyaan tersebut kemudian dijawab Muhamad Ashraf.

Katanya, dirinya sudah terbiasa berdepan dengan insiden seperti itu, bahkan pernah berdepan pengalaman lagi menyeramkan termasuk tidur sebantal dengan hantu raya.

Pernah tidur sebantal dengan hantu raya, lelaki ini sempat rakam 'sesuatu' main kereta mainan depan rumah tengah malam

Aduhai, bukan biasa-biasa pengalaman yang ditimba pemuda itu. Pun begitu, ramai juga yang berseloroh dengan komen lucu.

Pernah tidur sebantal dengan hantu raya, lelaki ini sempat rakam 'sesuatu' main kereta mainan depan rumah tengah malam

Baca Lagi:
Bekas budak sekolah agama kongsi kisah hitam dipaksa jual kismis & air bacaan Al Quran, mengaku pernah dibogelkan…
Pesakit mengadu dilayan kasar oleh pegawai perubatan hospital, 2 jam menunggu di wad kecemasan tanpa dirawat
5 petani ini jadi jutawan dan paling kaya di dunia