Pernah buat khidmat seks dan tidur lebih 10 lelaki, wanita ini mahu bertaubat tapi takut kisah lama didedah kepada bakal suami.
Terjemurus dalam lembah maksiat dan bergelumang dengan dosa – inilah antara realiti kehidupan hari ini.
Sebesar manapun kesalahan dan dosa, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang benar-benar insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan.
Namun, bukan mudah bagi segelintir pendosa untuk melupakan kisah hitam mereka, hingga membuatkan kehidupan mereka tidak tenteram.
Melalui platform X, seorang wanita telah meraih perhatian warga maya apabila dia berkongsi kisah mengenai penghijrahannya.
Walau bagaimanapun, dia bimbang sejarah hitamnya yang pernah menyara hidup dengan menyediakan khidmat seks akan terbongkar.
“Pernah menyundal dulu, sekitar tahun 2019 hingga 2020. Pernah dapat hingga RM10,000 sebulan. Dalam sebulan, saya tidur dengan lebih 10 lelaki.
“Pada tahun 2023, saya mula menjalin hubungan serius dan mungkin akan berkahwin. Namun, semakin serius hubungan itu, semakin saya bimbang dan takut jika rahsia saya terbongkar kepada bakal suami,” luahnya.
Saya tahu saya tak sepatutnya membuka aib sendiri, tapi saya takut ia akan terbongkar nanti.
PENGADU
Bercerita lanjut, dia mengakui sudah menjauhkan diri daripada rakan-rakan lama yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.
Namun dirinya tetap bimbang sekiranya ada dalam kalangan mereka yang masih bergiat aktif dalam aktiviti tersebut akan membocorkan rahsianya itu kepada bakal pasangannya.
“Saya dah remove dan buang kawan-kawan yang ada kaitan dengan saya dulu. Saya takut suatu hari nanti salah seorang daripada mereka bocorkan rahsia.
“Takut mereka screenshot perbualan kami tentang sugar daddy dan hantar kepada bakal suami saya. Ada ke peluang untuk Allah betul-betul nak tutup aib kita?
“Sejujurnya makin serius hubungan, saya makin takut yang semuanya akan kantoi. Saya tahu saya tak sepatutnya buka aib sendiri tapi saya takut ia akan berlaku nanti,” ujarnya lagi.
Di ruangan komen, ramai netizen mendoakan pengadu agar dia terus istiqamah untuk berubah dan menjauhi dosa atau maksiat yang pernah dilakukannya sebelum ini.
“Solat taubat sehingga kamu rasa lapang dadamu. Lepas tu, doa supaya Allah jaga aib kamu sampai mati.
“Kenapa takut dihakimi manusia, sedangkan Allah Maha Pengampun. Taubatlah. Kalau saya terus terang saja, terpulang kepada dia untuk terima atau tidak,” komen netizen.
Pada masa sama, ada yang turut meletakkan kesalahan ke atas wanita itu meskipun dia mahu bertaubat dan berubah kepada lebih baik.
“Kamu tak layak untuk bahagia. Kamu pentingkan diri, kasihan bakal suami kamu.
“Aku kasihankan bakal suami dia dapat orang macam ni. Sampai tidur dengan 10 lelaki,” tulis beberapa netizen.
Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.