Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan.

Spekulasi 10 ahli Parlimen blok kerajaan akan beralih sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) tidak akan berlaku sama sekali.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu mustahil berlaku kerana Ahli Parlimen UMNO telah diikat dengan perjanjian sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU15).

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN - Ahmad Maslan

“Saya yakin tiada yang akan berpaling tadah kerana ikatan RM100 juta. Jika ada 10 Ahli Parlimen UMNO yang hendak sertai PN kena sediakan RM1 bilion. Kalau benar 10 ahli Parlimen itu sertai blok pembangkang maka kerajaan masih berbaki 137 kerusi.
“Begitu juga jika semua Ahli Parlimen UMNO seramai 30 orang itu sokong PN, kerajaan tetap tidak jatuh kerana masih berbaki 117 orang. Bagaimanapun saya tegaskan di sini, saya tidak akan keluar dari blok kerajaan,” katanya ketika ditemui di Bangunan UMNO pada Ahad.

Pada Sabtu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, spekulasi itu bukan sekadar cakap kosong susulan beliau dimaklumkan terdapat perbincangan secara dalaman dalam kalangan pucuk pimpinan tertinggi berkenaan perkara itu.

Menurutnya, lebih 10 ahli Parlimen daripada parti-parti Kerajaan Perpaduan termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipercayai merupakan kelompok pertama bakal menyatakan sokongan terhadap blok pembangkang seterusnya diikuti oleh kelompok ahli-ahli Parlimen kerajaan lain.

SUMBER

Baca Lagi:
32 tahun tak pernah gunting rambut, wanita ini diiktiraf Guinness World Records, rambut terpanjang 2 meter
Doktor wanita gantung diri selesai solat Dhuha, tertekan dengan bebanan kerja
Gelar rakyat Indonesia pengganas, penyampai TV Israel mohon maaf selepas teruk kena maki, rumah dipecah masuk
CATEGORIES