Perlu ke tutup cermin dengan kain ketika ada orang meninggal dunia?, Ini penjelasan ustaz

Photo of author

By Syima Iza

Perlu ke tutup cermin dengan kain ketika ada orang meninggal dunia?, Ini penjelasan ustaz.

Ini adalah penjelasan dari seorang ustaz. Setiap yang hidup di bumi pasti akan merasai kematian suatu hari nanti.

Kematian menandakan berakhirnya hubungan antara jasad dan roh, serta menjadi permulaan bagi perjalanan menuju alam akhirat yang sangat panjang.

Perlu ke tutup cermin dengan kain ketika ada orang meninggal dunia?, Ini penjelasan ustaz

Kehilangan insan tersayang tentu mendatangkan rasa sedih. Dalam masyarakat Melayu, amalan menutup cermin ketika seseorang meninggal dunia telah menjadi kebiasaan.

Namun, adakah amalan ini benar menurut Islam? Sebuah video di TikTok telah memberi penjelasan mengenai perkara ini.

Amalan menutup cermin ketika seseorang meninggal dunia sebenarnya bukanlah amalan yang diajar dalam Islam.

@pjsbsg Amalan tutup cermin ni ada ke dalam islam ? #pjsbsg #fyp #fypシ゚viral #funeral ♬ original sound – PJSB

Dalam video tersebut, seorang ustaz menjelaskan bahawa amalan tersebut tidak disyariatkan dalam agama dan tidak digalakkan untuk dilakukan.

Ustaz itu menekankan bahawa amalan ini berasal daripada adat yang telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu.

Beliau juga menambah, jika seseorang menganggap bahawa menutup cermin adalah wajib dan berdosa jika tidak dilakukan, itu boleh jatuh kepada hukum haram.

Ternyata amalan ini tidak digalakkan dalam agama. 🙂

Baca Juga:
Gempar saintis temui spesis baharu ‘jerung hantu’ di dasar laut
Amelia & Elizabeth buat podcast pakai singlet, sekali netizen perasan sesuatu
Makanan yang menyatukan rakyat Malaysia, ini kisah disebalik jenama Burger Ramly dan pengasasnya