Perkahwinan 28 tahun berakhir…suami pelakon Miera Leyana cerai isteri pertama talak satu

Photo of author

By Syima Iza

Perkahwinan 28 tahun berakhir…suami pelakon Miera Leyana cerai isteri pertama talak satu.

SUAMI pelakon Miera Leyana, Rosland Othman sah melafazkan cerai talak satu kepada isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib , 50, tepat jam 10.50 pagi tadi.

Rosland melafazkan talak itu di hadapan hakim mahkamah rendah syariah, Siti Noraini Mohd Ali Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perkahwinan 28 tahun berakhir...suami pelakon Miera Leyana cerai isteri pertama talak satu

Rosland berkata kepada hakim, dia membuat keputusan untuk melafazkan cerai berkenaan selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasaan sayang serta tawar hati susulan Adibah membuat kenyataan di media sehingga menjejaskan kerjayanya

Adibah yang ditemui selepas talak itu dilafazkan tidak mahu memberi sebarang kenyataan kerana masih terkejut dengan situasi berkenaan.

Sementara itu, Rosland yang ditemani ibu mentuanya, Aisyah Abdullah, bergegas keluar dari dewan perbicaraan tanpa memberikan sebarang kenyataan.

Dalam pada itu peguam yang mewakli Adibah, Mohd Junid kes tuntutan hadanah yang melibatkan anak mereka tetap diteruskan.

“Kita tetap lawan dan mempertahankan hak lain,” katanya yang memberitahu tarikh perbicaraan untuk sebutan hadanah pada 4 September depan.

Namun ibu Miera Liyana memaklumkan bakal mengadakan sidang media khas dalam terdekat.

“Kami akan membuat sidang media, harap boleh bekerjasama,” katanya ringkas dan berlalu pergi.

Rosland sebelum ini memfailkan cerai pada 7 April lalu.

Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Sementara itu Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Mei 2021.

Baca Lagi:
Syahir sahut cabaran Rafizi, Astro AWANI anjur Debat Ekonomi Malaysia 9 Ogos
20 ekor lembu masuk kedai makan, video pelanggan panik jadi perhatian ramai
Bekas pemain bola sepak Liga Super bakal dipenjara 34 tahun