Perempuan Melayu tidak dibenarkan naik kenderaan Grab kerana beragama Islam, mesej pemandu Grab buat ramai berang.
Seorang perempuan Muslim tidak dibenarkan naik kenderaan Grab oleh pemandunya kerana beragama Islam.
Pengguna X (Twitter) @Ellan1Ellanie berkongsi sebuah tangkap layar di antara dia dengan seorang pemandu Grab bukan Islam pada 29 Ogos lalu.
“Hanya kerana saya Melayu dan (beragama) Islam tak boleh naik Grabcar?,” kata Ellanie.
Menurut tangkap layar yang dikongsikan, pemandu Grab itu bertanyakan sama ada Ellanie seorang Melayu.
Lalu, pemandu itu meminta Ellanie untuk membatalkan pesanan Grab itu kerana pemandu itu tidak membawa penumpang beragama Islam.
Ellanie berkata dia telah melaporkan insiden itu kepada pusat Grab.
Grab Malaysia juga memberi maklum balas di ruangan komen ciapan itu dan memohon maaf kepada Ellanie atas pengalaman buruk yang dia alami.
“Kami akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan akan berkongsi perkara ini dengan pasukan pemandu yang berkenaan dengan segera,” balas Grab Malaysia.
Ellanie berkata pemandu Grab lain, yang menghantarnya selepas insiden itu, berkata beliau sepatutnya menyuruh pemandu grab terbabit membatalkan tempahan, bukan sebaliknya.
“I booked driver lain lepas tu, yelah I takut tunggu sensorang (seorang diri) kat situ malam2. Abang driver tu pun cakap supposedly biar driver grab itu yang cancel trip.
“Apa2pun Salam 1 Malaysia kengkawan,” kata Ellaine dalam nada berlapang dada.