Perempuan gatal cuba sondol suami di ofis akhirnya terbongkar

Photo of author

By Syima Iza

Apa yang terdetik di hati kecil seorang wanita kebiasaannya tepat terutama dalam perkara melibatkan pasangan.

Namun pendapat dan nasihat mereka kerap diketepikan kaum lelaki yang lebih gemar menganggap isteri cuma cakap kosong atau terlebih berfikir.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila pasangannya enggan menghiraukan kebimbangannya terhadap seorang gadis yang didakwa ‘gatal’.

Perempuan gatal cuba sondol suami di ofis akhirnya terbongkar

Menurut wanita tersebut, firasatnya terbukti benar apabila muslihat gadis tersebut untuk menggoda suaminya akhirnya terbongkar.

“Perempuan ni kawan suami dekat pejabat. Ada banyak perkara yang aku dah syak wasangka tentang perempuan ni sejak awal lagi, antaranya dia block aku dekat semua platform media sosial.

“Kalau terserempak depan-depan, perempuan ni hanya akan sembang dengan suami dan anggap aku macam tak wujud di situ. Padahal aku ni isteri tau, apa agaknya dia fikir?

“Tapi lagi satu masalahnya apabila aku beritahu suami tentang perkara ni, dia anggap benda tu remeh. Aku dah minta suami untuk jauhkan diri daripada perempuan tu, tapi suami kata aku cuma overthinking.

“Pada pandangan aku, relevan permintaan aku ni. Dah aku tak dihormati sebagai isteri, jadi suami sepatutnya putuskan hubungan dengan perempuan tu sebagai kawan,” kata wanita itu menyuarakan isi hatinya.

Selepas lama bertahan, kebenaran akhirnya berpihak kepada wanita itu apabila semua persoalannya terjawab.

Nasihat saya, kalau suami sis lembik, sis yang kena ambil tindakan tegas supaya perempuan tu tahu dekat mana tempat dia sebenarnya.

WARGA MAYA

“Tak berapa lama selepas tu, perempuan tu confess dekat suami cakap dia cintakan lelaki aku. Ya Allah muka temboknya, padahal satu pejabat tu tahu yang suami aku ni dah kahwin.

“Suami sendiri pun terkejut perempuan tu sanggup buat macam tu. Jadi bermula saat tu, aku minta suami untuk ambil pengajaran daripada apa yang berlaku ni, percaya dan dengarlah nasihat isteri.

“Firasat kami selalunya betul terutama sekali apabila melibatkan perempuan jalang yang nak merosakkan rumah tangga. Kami ni bukan sesuka hati beremosi, cuba fahamkan dulu perspektif dari kaca mata kami.

“Nasib baik keluarga ni masih sempat diselamatkan sebelum terlambat,” ujar wanita itu menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berasa aneh bagaimana lelaki boleh menjadi sebegitu naif apabila berada dalam situasi sedemikian.

“Lelaki selalu sebut supaya dengar cakap mereka kerana lebih waras berfikir, tapi apabila isteri cakap sesuatu tentang perempuan lain, boleh pula lelaki jadi keras kepala? Kami lebih kenal kaum kami macam mana.

“Sudah terang lagi bersuluh cubaan menyondol tapi lelaki melayan je. Nanti dah terlajak cinta salahkan takdir pula, benda boleh elakkan dari awal.

“Nasihat saya, kalau suami sis lembik, sis yang kena ambil tindakan tegas supaya perempuan tu tahu dekat mana tempat dia sebenarnya,” kata sebahagian warga maya.

Perempuan gatal cuba sondol suami di ofis akhirnya terbongkar

Baca Juga:
Ramai kecewa Siti Nurhaliza berkongsi pentas dengan David Foster
Ketua Pemuda Pas cedera terkena pisau sembelih akibat lembu meronta
Hebat Kota Bharu ni, petrol pun boleh habis!