Peraturan baharu berkuat kuasa 2024, pemilik kucing akan didenda RM2,951 jika tidak memasang mikrocip

Photo of author

By Syima Iza

Peraturan baharu berkuat kuasa 2024, pemilik kucing akan didenda RM2,951 jika tidak memasang mikrocip.

Pemilik-pemilik kucing peliharaan di Britain berdepan denda sebanyak £500 (RM2,951) sekiranya tidak memasang mikrocip pada haiwan peliharaan mereka itu, lapor akhbar Daily Express semalam.

Peraturan baharu yang berkuat kuasa pada Jun 2024 itu memerlukan semua kucing di negara berkenaan memakai mikrocip yang mempunyai butiran terkini pemiliknya.

Peraturan baharu berkuat kuasa 2024, pemilik kucing akan didenda RM2,951 jika tidak memasang mikrocip

Individu yang tidak memasang cip itu pada haiwan kesayangan mereka sebelum ia berumur 20 minggu berkemungkinan didenda.

Sekiranya dikesan melakukan kesalahan itu, para pemilik kucing akan diberi masa selama 21 hari untuk memasangnya pada haiwan tersebut sebelum denda dikenakan.

Tujuan undang-undang baharu itu adalah untuk memudahkan kucing peliharaan yang hilang atau sesat disatukan semula dengan pemiliknya.

Di bawah undang-undang baharu itu, setiap kucing peliharaan perlu dimasukkan mikrocip sebesar butir beras di bawah kulit haiwan tersebut.

Mikrocip itu mempunyai nombor siri unik dengan maklumat butiran pemilik haiwan.

Sekiranya haiwan itu ditemui sesat, mikrocip boleh dibaca menggunakan pengimbas untuk mengetahui di mana ia tinggal.

Baca Lagi:
Kanak-kanak perempuan usia 9 tahun maut tercekik buah rambutan
Hairul Azreen umum bersara dari dunia lakonan, rupanya sebab ni
Kenali 10 jenis pokok paling bahaya di dunia, mengandungi racun boleh membunuh manusia