‘Perarakan replika bersenjata’ – Ini penjelasan Menteri Agama

‘Perarakan replika bersenjata’ – Ini penjelasan Menteri Agama

‘Perarakan replika bersenjata’ – Ini penjelasan Menteri Agama. Berarak menggunakan simbol keagamaan Islam adalah tidak wajar dan boleh memberi gambaran tidak baik kepada agama dan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau dimaklumkan mengenai penganjuran sebuah program perhimpunan yang turut membabitkan perarakan menggunakan simbol Islam.

Menurutnya, tindakan itu menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

'Perarakan replika bersenjata' - Ini penjelasan Menteri Agama

Katanya, adalah lebih baik sekiranya penganjur menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai dan mengajak kepada perpaduan serta kesejahteraan.

“Jabatan Perdana Menteri berpandangan perkara ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan dikenakan sebarang tindakan kepada penganjur sekiranya menyalahi peraturan keselamatan negara,” katanya melalui satu kenyataan.

Media hari ini melaporkan, penganjur program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung perarakan bersama replika pedang, lembing dan perisai disiasat.

Ketua Pemuda Pas Terengganu Mohd Harun Esa berkata, walaupun kelihatan tidak logik untuk disiasat, namun pihaknya bersedia memberi kenyataan.

Baca Lagi:
Ketua Pemuda Pas ‘pelik’ lihat aksi pemuda Pas Terengganu berarak bawa replika senjata
Berang dituduh lakukan hubungan seks dengan lembu, lelaki bunuh tunang dengan sepana
Wanita tertekan menjadi ‘tulang belakang’ keluarga hanya kerana mempunyai pendapatan tetap
CATEGORIES