Penyokong Terengganu bengang beli burger dalam stadium dapat ‘secubit’ daging

Photo of author

By Syima Iza

Penyokong Terengganu bengang beli burger dalam stadium dapat ‘secubit’ daging.

Umum ramai mengetahui, kualiti burger yang dijual di dalam stadium sering membuat pengunjung putus selera untuk makan makanan yang dibeli pada harga yang tidak setimpal.

Baru-baru ini, seorang gadis dari Terengganu berkongsi pengalamannya membeli burger di dalam stadium.

Penyokong Terengganu bengang beli burger dalam stadium dapat 'secubit' daging

Apa yang mengejutkannya adalah apabila penjual cuma meletakkan burger ayam yang dibelah dua di antara roti burger, bukan sekeping burger seperti yang dijual di gerai tepi jalan. Hantaran video TikTok itu mendapat perhatian warganet. Ramai turut terkejut apabila melihat pembeli cuma dapat ‘secubit’ daging burger sahaja.

Netizen berkata ini adalah burger paling scam yang pernah mereka lihat dijual di dalam kawasan stadium.

Penyokong Terengganu bengang beli burger dalam stadium dapat 'secubit' daging

Dalam pada itu, ramai meminta pengunjung stadium untuk memboikot peniaga burger dalam stadium kerana sering kali menipu para pembeli.

@a.eynmudoh mbeng jual♬ original sound – AA

Baca Juga:
Watie Hanifiah mengaku 6 kali bedah hidung, pernah diejek ‘Fati Bawang’ zaman persekolahan
Dua beranak jual anggur dicekup JHEAT
Rekod baru saintis Jepun cipta robot ‘tersenyum’ guna kulit manusia