Penyokong PAS maki hamun, gelar Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis ‘kafir

Penyokong PAS maki hamun, gelar Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis ‘kafir

Penyokong PAS maki hamun, gelar Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis ‘kafir. Tindakan penyokong PAS yang memaki hamun sehingga menggelarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) dan kakitangannya sebagai kafir, amat dikesali.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohamad Asri Zainor Abidin berkata, perbuatan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memberikan nilai buruk kepada masyarakat.

“Sekarang ini, sudah sampai kepada persendaan oleh pihak-pihak berkenaan.

Penyokong PAS maki hamun, gelar Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis 'kafir

“Dalam kejadian itu, sudah sampai kepada Pengarah JAIPs digelar sebagai kafir,” katanya dalam sidang media di Kangar, hari ini.

Dalam kejadian markas Pas Perlis di Matin itu, Pengarah JAIPs telah dikafirkan oleh sebahagian yang hadir.

Terdahulu, Pengarah Jaips, Najmudin Abdul Karim serta kakitangannya telah datang mahu mengambil kenyataan dari seorang penceramah di Ma’had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) namun telah dihalang.

Dr Asri menegaskan, tindakan menguatkuasakan larangan membenarkan pihak yang tidak mempunyai tauliah memberikan kuliah dan mengajar agama di Perlis dilakukan atas perintah Raja Perlis.

“Padahal mereka telah dipelawa untuk memohon tauliah ini,” katanya.

Baca Lagi:
Mengundang padah, pemandu bas dirakam leka ‘main’ telefon semasa memandu diminta serah diri
Tabur paku atas jalan raya, pemandu Nissan Almera diburu polis
2 lelaki cedera parah ditetak dengan parang kerana ganggu isteri orang
CATEGORIES