
Penyerang antarabangsa Ghana meninggal dunia ketika perlawanan bola Liga Albania
Penyerang antarabangsa Ghana meninggal dunia ketika perlawanan bola Liga Albania.
Bekas penyerang antarabangsa Ghana, Raphael Dwamena disahkan meninggal dunia selepas terkena serangan jantung ketika perlawanan Liga Albania antara KF Egnatia dan FK Partizani semalam.
Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Albania, Dwamena telah meninggal dunia pada usia 28 tahun.
“Pasukan perubatan bergegas membawanya ke hospital dan dia meninggal dunia pada usia 28,” kata kenyataan tersebut.
Dwamena mempunyai lapan kaps antarabangsa bersama Ghana sehingga dianggap sebagai salah seorang bintang sedang meningkat naik tetapi masalah jantung yang dihadapi menjejaskan kariernya.
Pada tahun 2017, penyerang itu gagal menyertai Brighton tetapi gagal melepasi ujian perubatan dan berhijrah ke kelab La Liga, Levante.
Dwamena pernah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2020 bagi membolehkan dia meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.
Dwamena berkelana ke Denmark, Austria dan Switzerland sebelum menyertai kelab Albania, KF Egnatia pada Januari tahun ini dan berjaya menjaringkan sembilan gol.
Raphael Dwamena’s final moments in the game today in Albania League.
RIP to him pic.twitter.com/5rWgiZMIIc
— Saddick Adams (@SaddickAdams) November 11, 2023