Penyanyi wanita tersohor Kelantan antara ditahan di Sungai Golok bersama 6,000 pil kuda

Photo of author

By Syima Iza

Penyanyi wanita tersohor Kelantan antara ditahan di Sungai Golok bersama 6,000 pil kuda.

Seorang penyanyi dikir barat moden yang popular di Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh polis Thailand di sebuah hotel dekat pekan Sungai Golok, awal pagi semalam.

Menurut sumber dari polis Thailand, wanita berusia 30-an tersebut ditahan sekitar pukul 6 pagi bersama lima individu lain, iaitu dua perempuan dan tiga lelaki yang berusia antara 24 hingga 25 tahun.

Penyanyi wanita tersohor Kelantan antara ditahan di Sungai Golok bersama 6,000 pil kuda

“Siasatan yang dijalankan mendapati tangkapan dilakukan oleh polis Sungai Golok ketika kesemua suspek baru selesai berhibur di sebuah pusat hiburan yang terletak di bahagian bawah hotel.
“Kesemua suspek yang ditahan telah naik ke tingkat atas hotel untuk berehat, namun difahamkan terdapat juga dua individu yang tidak dikenali berada di dalam bilik hotel tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut sumber itu lagi, kesemua suspek berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Narkotik Balai Polis Sungai Golok, tetapi dua individu yang tidak dikenali itu berjaya melarikan diri.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut telah menemukan kira-kira 6,000 biji pil yang dipercayai pil kuda, dan kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata dua daripada suspek yang ditahan dipercayai memasuki Thailand menggunakan pangkalan haram Gergaji dekat Rantau Panjang, Pasir Mas, manakala empat lagi menggunakan laluan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

“Setakat ini, kesemua suspek yang ditahan tidak membuat sebarang pengakuan mengenai pemilikan dadah tersebut.

“Pihak polis Sungai Golok telah membuka kertas siasatan ke atas kesemua suspek dan mereka akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk tindakan perundangan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ketika dihubungi mengesahkan bahawa enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis tempatan dari Kelantan, ditahan dalam serbuan tersebut.

Baca Lagi:
Lelaki ini kongsi 3 tips padu untuk jimat duit ketika travel
“Terlalu Padu!”- Warganet tergamam lihat sambutan bunga api hari Deepavali di Kuala Lumpur
Ini 7 jalan raya paling berbahaya dan mengerikan di dunia