Penyanyi Shakira tinggalkan ‘stage’ selepas peminat biadap rakam video dari bawah dress.
Penyanyi Shakira menghentikan persembahannya selepas berang dengan tindakan seorang penonton yang merakam dirinya dari bawah gaun pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Insiden tersebut berlaku ketika penyanyi berusia 47 tahun itu sedang menari sambil mendendangkan single terbarunya, Soltera, di LIV Miami.
Menerusi rakaman yang tersebar di internet, Shakira pada mulanya dilihat memberi amaran kepada seorang penonton di hadapan pentas yang terus-menerus merakam dirinya dari sudut bawah gaun. Dia kelihatan tidak selesa, sambil menutup sebahagian tubuhnya dan menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut.
Selepas itu, Shakira cuba kembali menari, namun akhirnya menghentikan persembahannya dan meninggalkan pentas apabila penonton tersebut masih berterusan merakam video dari sudut yang sama.
Pengguna media sosial serta peminat Shakira mengecam tindakan penonton tersebut, yang dianggap tidak bermoral, tidak menghormati, dan biadab.
“Ini sesungguhnya perbuatan yang biadab. Selebriti juga berhak mendapat privasi, sama ada di atas pentas atau tidak. Ini adalah masalah yang perlu ditangani,” tulis seorang pengguna media sosial.