Penyanyi Nora Ariffin diceraikan suami talak satu menerusi rakaman video

Photo of author

By Syima Iza

Penyanyi Nora Ariffin diceraikan suami talak satu menerusi rakaman video.

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 51, telah diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Lafaz cerai itu dibuat oleh Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsi oleh penyanyi lagu Dipersimpangan Dilema itu di Instagram hari ini.

Penyanyi Nora Ariffin diceraikan suami talak satu menerusi rakaman video

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.

Terdahulu, spekulasi mengenai keretakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya tersebut telah tersebar sejak tahun lalu, namun Nora menafikannya.

Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada tahun 2021. Rushdi juga adalah sahabat baik Allahyarham suami pertama Nora, Johan Nawawi.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada tahun 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

@ohbulanofficial Tiada angin tiada ribut, penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin telah diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli 🥺 #ohbulan #sembangentertainment #noraariffin #cerai ♬ original sound – OHBULAN!

Baca Juga:
Staf Habib Jewels buat invois palsu cuba menipu wanita ketika urusan tukar beli gelang emas digantung tugas
Hidu kentut boleh atasi serangan jantung dan strok
Tukang gunting mengamuk kejar pelanggan dengan parang