Penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia menang artis solo wanita terbaik di San Francisco

Penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia menang artis solo wanita terbaik di San Francisco

Penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia menang artis solo wanita terbaik di San Francisco. Penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia, Heerraa, 24, sekali lagi mengharumkan nama negara apabila memenangi Artis Solo Wanita Terbaik di California Music Video Awards Ke-6 yang berlangsung di San Francisco, California menerusi anugerah berdasarkan undian peminat, baru-baru ini.

Tahun lalu, Heerraa berjaya mencipta kejayaan apabila menggenggam trofi ICon Award di InterContinental Music Awards Competition (ICMA) 2022 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Penyanyi lagu Feel Alive itu menghadiahkan kemenangan buat pasukan dan pengikutnya atas kejayaan dikecapinya itu.

Penyanyi dan komposer kelahiran Malaysia menang artis solo wanita terbaik di San Francisco

“Terima kasih California Music Video Awards atas penghargaan ini.
“Saya datang jauh dan sangat berbesar hati apabila lagu Attention Island menerima penghargaan ini.
“Saya yakin semua yang berada dalam dewan ini memahami betapa sukar menyiapkan video muzik. Kejayaan sesebuah lagu memerlukan kerja berpasukan,” katanya yang ke San Francisco dari Cambridge, Massachusetts untuk menerima trofi kemenangan.

Dianjurkan syarikat media berpangkalan di Amerika Syarikat, TasteTV, California Music Video Awards memberikan pengiktirafan kepada penyanyi yang menyerlah menerusi video muzik, filem dan pengarah dari seluruh dunia.

Ini adalah kejayaan kedua yang dilakar oleh lagu Attention Island, Heerraa muncul sebagai pemenang termuda acara berkenaan.

Sebelum ini, lagu Attention Island pernah mengukir kejayaan apabila dipilih pemenang kategori Muzik Video Terbaik (gangsa) di Global Music Awards di San Diego, tahun lalu.

Attention Island adalah lagu bergenre R&B yang pertama daripada Heerraa. Ia berkisar mengenai bahaya menjadi orang popular yang tidak tahu merendah diri.

“Saya gembira muzik saya berjaya tembus pasaran antarabangsa.

“Terima kasih atas perhatian diberikan kepada karya saya,” kata penyanyi itu yang kini menyambung pengajian pengajian di peringkat ijazah Liberal Art di Universiti Harvard.

Baca Lagi:
‘Saya tak takut kena tangkap’ – Samseng Nepal cabar penguatkuasa, tak takut undang-undang
Warga emas jumpa kerongsang emas lama berbentuk hati bernilai RM123,864.00
Pemilik inap desa di Melaka tawar pakej ‘Inap Rahmah’ hanya RM5 semalam
CATEGORIES