Penyanyi Cinta Sejati kini milik Tiko, dinikahkan bapa BCL di resort percutian mewah

Penyanyi Cinta Sejati kini milik Tiko, dinikahkan bapa BCL di resort percutian mewah

Penyanyi Cinta Sejati kini milik Tiko, dinikahkan bapa BCL di resort percutian mewah.

Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL), 40, akhirnya rasmi menjadi milik, Tiko Aryawardhana, 43, selepas dinikahkan berlatar belakangkan pemandangan samudera di sebuah resort peranginan di sini, petang tadi.

Pasangan mempelai yang mengenakan busana tradisional pengantin Jawa rona putih gading yang dipadankan dengan kain batik, dinikahkan bapa BCL, Muchlis Rusli, lapor agensi.

Penyanyi Cinta Sejati kini milik Tiko, dinikahkan bapa BCL di resort percutian mewah

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu merangkumi ahli keluarga dan teman rapat penyanyi Cinta Sejati itu.

Turut hadir pada majlis pernikahan itu adalah Luna Maya serta Maia Estianty dan pasangannya, Irwan Mussr. Mereka dikatakan menjadi saksi kisah cinta BCL dan Tiko, lapor agensi.
Hubungan BCL dan Tiko mula dihidu peminat pada sambutan ulang tahun kelahiran BCL, Mac lalu apabila dilihat berpegangan tangan.

Menguatkan lagi spekulasi apabila Tiko menggayakan pakaian sedondon dengan keluarga BCL pada sambutan Aidilfitri, April lalu, lapor agensi.

Difahamkan, ibu bapa Tiko berjiran dengan BCL. Tiko adalah duda kepada tiga cahaya mata perempuan, dilaporkan bercerai dengan bekas isteri pada 2021.

Tiko adalah lulusan Universitas Trisakti jurusan ekonomi. Tiko melanjutkan pengajian di universiti sama dengan BCL yang menuntut dalam bidang jurusan pengurusan.

BCL bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.

Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.

Baca Lagi:
‘Pak guard’ sekolah menangis terharu terima hadiah daripada murid sampai penuh kereta
Dua kapal terbang terhempas pada hari sama
Pemilik restoran terkejut pelanggan wanita bayar hampir RM53,000 padahal harga makanan hanya RM52
CATEGORIES