Penyampai berita TV3 menangis ketika baca berita

Photo of author

By Syima Iza

Penyampai berita TV3 menangis ketika baca berita.

Seorang pembaca berita di sebuah stesen penyiaran terkemuka gagal menahan sebak ketika bersiaran secara langsung, hari ini.

Norintan Ezreena Amir Hamzah, tidak dapat mengawal emosi ketika menyampaikan berita tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Penyampai berita TV3 menangis ketika baca berita

Mangsa ketika itu dilaporkan sedang melintas di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, di sini semalam.

Menerusi perkongsian kool101ny, Norintan Ezreena difahamkan tersentuh berikutan nalurinya sebagai seorang ibu yang juga memiliki anak seusia dengan mangsa.

Orang ramai yang menonton sedutan perkongsian berita berkenaan, turut terkesan dengan detik beremosi berkenaan.

“Kes kemalangan itu dah biasa kami dengar, yang tak biasa tu bila pembaca berita sebak. Auto rindu anak-anak di rumah. Semoga mereka sihat-sihat sahaja,” kata seorang pengguna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kool101my (@kool101my)

“Sampai keluar air mata pembaca berita tengah hari tadi. Bayangkan terjadi kepada keluarga kita,” komen Hanafi.

“Ya Allah sebak tengok pembaca berita baca tentang berita mungkin membayangkan anak-anak sendiri sebaya anak syurga tersebut,” ujar Fauziah.

Baca Lagi:
Suami isteri balik tunai ibadah haji terkejut anak lelaki buat parti sakan di rumah
Unsur Nadir Bumi (REE): Pegawai kanan kerajaan negeri Kedah pula dicekup SPRM
Lelaki patah hidung, pendarahan di kepala, dakwa dipukul ketika perlawanan Akhir Piala FA