Penyampai berita Turkiye dipecat kerana peraga cawan ‘Starbucks’ ketika live

Penyampai berita Turkiye dipecat kerana peraga cawan ‘Starbucks’ ketika live

Penyampai berita Turkiye dipecat kerana peraga cawan ‘Starbucks’ ketika live.

Saluran penyiaran itu dalam kenyataan pada Ahad lalu menekankan larangan penyampai berita TV nasional Turkiye daripada mengiklankan mana-mana syarikat secara rahsia.

TGRT Haber mengutuk tindakan penyampai berita dan pengarah berkenaan serta menamatkan kontrak mereka atas dasar keadilan bagi saluran TV itu.

Penyampai berita Turkiye dipecat kerana peraga cawan 'Starbucks' ketika live

“Kami tidak membenarkan tindakan penyampai dan pengarah ini, yang mana kontrak pekerjaan mereka telah ditamatkan, dan kami mengutuk perkara ini sekerasnya,” kata TGRT Haber berkata dalam kenyataan di platform X.

Kenyataan itu turut menegaskan kesedaran institusi tersebut terhadap sensitiviti rakyat Turkiye mengenai Gaza, menjanjikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam hal itu.

Terdahulu, USA Today melaporkan Starbucks mengheret kesatuan pekerjanya ke mahkamah disebabkan hantaran (posting) kesatuan pekerjanya di platform X yang menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin.

Saman itu berkenaan kiriman pro-Palestin dikongsi akaun kesatuan terbabit pada 9 Oktober lalu, dua hari selepas pejuang Hamas melancarkan serangan hendap ke atas beberapa penempatan haram Israel.

Dalam kenyataan kepada USA Today, Naib Presiden Eksekutif Starbucks, Sara Kelly berkata hantaran kesatuan pekerja itu menunjukkan “sokongan terhadap keganasan dilakukan Hamas” dan Starbucks mengutuk tindakan itu.

Baca Lagi:
Kartel dadah terbesar di Sabah tumpas, ketua sindiket bergelar ‘Datuk’ penaung NGO ditahan
Penangan sardin masak kicap, wanita ini menjadi popular sekelip mata di TikTok
Boikot habis-habisan, Uqasha kini hanya pakai produk lokal tanda solidariti terhadap Palestin
CATEGORIES