Penyakit misteri ‘Dinga-Dinga’ serang wanita, pesakit jadi menari tak terkawal

Photo of author

By Syima Iza

Penyakit misteri ‘Dinga-Dinga’ serang wanita, pesakit jadi menari tak terkawal.

Penyakit misteri yang digelar Dinga Dinga yang ‘menyerang’ golongan wanita telah menggemparkan sebuah daerah di Uganda.

Simptom penyakit yang menyebabkan pesakit ‘terenjut-enjut seperti menari’ itu termasuk goncangan badan secara tidak terkawal, demam, dan tubuh yang menjadi lemah.

Penyakit misteri 'Dinga-Dinga' serang wanita, pesakit jadi menari tak terkawal

Dalam kes yang agak serius, pesakit boleh menjadi lumpuh dan tidak bergerak.

Punca wabak di daerah Bundibugyo itu bagaimanapun masih tidak diketahui, yang mencetuskan pelbagai spekulasi dan ada yang mengaitkan jangkitan virus tersebut dengan faktor alam sekitar.

Difahamkan, pihak berkuasa kesihatan telah menghantar sampel untuk dianalisis lebih lanjut oleh Kementerian Kesihatan Uganda.

Penyakit itu turut dibandingkan dengan Wabak Menari di Strasbourg, Perancis pada tahun 1518 berdasarkan gejala yang serupa.

Penyakit misteri 'Dinga-Dinga' serang wanita, pesakit jadi menari tak terkawal

Meskipun punca Dinga Dinga tidak diketahui, rawatan antibiotik telah diberikan kepada pesakit dan kebanyakannya sudah pulih dalam tempoh seminggu.

Dr. Kiyita Christopher turut menggesa komuniti setempat supaya mendapatkan rawatan di kemudahan kesihatan daerah dan bukannya menggunakan ubat herba untuk melawan virus itu kerana tiada bukti saintifik yang mengesahkan keberkesanannya.

Selain itu, kempen kesihatan awam turut dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap Dinga Dinga.

Wabak itu dikatakan hanya direkodkan di Bundibugyo dan belum merebak di daerah lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Dr Piyush Mishra di New Delhi menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perjalanan ke negara Afrika Timur tersebut dan menyarankan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan jika masih mahu berkunjung ke Kampala.

Baca lagi:
Ini cara tanam 3 jenis bawang popular di rumah, mudah sangat-sangat!
Lukisan wanita ditemukan semula selepas hilang hampir 100 tahun bikin ramai seram
“Waris pun tak berani masuk”- Ahli paranormal kongsi pengalaman ketika masuk rumah penari istana