Penunggang terkejut ular dalam topi keledar

Photo of author

By Syima Iza

Penunggang terkejut ular dalam topi keledar.

Seorang lelaki di Bandung, wilayah Jawa Barat, berdepan detik cemas apabila menemui seekor ular yang berlingkar di dalam topi keledarnya, lapor portal berita Banjarmasin Post pada Jumaat.

Penemuan menakutkan itu berlaku kelmarin sebelum dikongsikan menerusi platform TikTok oleh akaun @basokrijoofficial.

Penunggang terkejut ular dalam topi keledar

Menerusi rakaman itu, seorang penduduk tempatan kelihatan memeriksa topi keledarnya sebelum menangkap ular tersebut dengan tangan.

Lelaki itu berkata, dia merasakan ‘sesuatu’ bergerak di dalam topi keledarnya.

“Saya kemudian membuka topi keledar tersebut untuk diperiksa. Siapa sangka benda itu seekor ular berukuran panjang kira-kira 50 sentimeter,” tambahnya.

Penunggang terkejut ular dalam topi keledar

Rakaman itu mencatatkan lebih 669,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Saya trauma untuk memakai topi keledar selepas melihat video ini,” komen seorang netizen.

“Saya sanggup beli topi keledar baru!” komen netizen lain.

Baca Lagi:
500 penunggang motosikal bersatu cari dana RM2 juta bina masjid
Juruterbang MAS dapat pujian ramai, tunjuk ‘skill’ mendarat di lapangan terbang Heathrow
Panggil pelayan hanya tekan butang loceng, kedai mamak ‘terpaling’ estetik di Setia Alam curi perhatian ramai