Penumpang terpaksa tukar ‘seat’, jijik lihat wanita cari kutu anak dalam bas awam

Photo of author

By Syima Iza

Penumpang terpaksa tukar ‘seat’, jijik lihat wanita cari kutu anak dalam bas awam.

Tindakan jijik seorang ibu yang dilihat leka membersihkan kepala anaknya yang dipenuhi kutu ketika berada di dalam bas awam mengundang rasa tidak senang dalam kalangan orang ramai.

Dalam satu hantaran tular, penumpang yang berada di sebelah wanita itu dilihat sanggup menukar tempat duduk ekoran jijik dan geli dengan keadaan tersebut.

Penumpang terpaksa tukar 'seat', jijik lihat wanita cari kutu anak dalam bas awam

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di negara jiran iaitu Jakarta, Indonesia.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai meluahkan kerisauan dengan tindakan tidak beradab wanita tersebut dan ada juga yang mengecam sikap mementingkan diri sendiri itu.

“Auto garu kepala macam ini, dekat rumah pun boleh saja nak cari, nak juga cari kutu dekat tempat umum macam itu. Berjangkit habis lah kutu, pernah terjangkit dulu, fobia weh. Minta jauh dah la,” kata Syafikah.

“Saya pun suka cari kutu dekat kepala anak sendiri tetapi bukan di tempat umum macam ini,” komen lush Ibu Nalazza.

@rejadalimunthe1 Jij4y b4jay tahun 2023 #rejadalimunthe ♬ Panik Nggak – DJ DESA

Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman yang sama di sebuah fasiliti klinik kesihatan.

“Baru terjadi semalam dekat klinik, anak saya duduk dekat dengan ibu-ibu yang tengah cabut kutu dekat kepala anak mereka. Lepas suami datang terus saya ajak keluar beli jajan,” tulis seorang pengguna.

Hantaran tersebut telah tular sehingga mendapat 6228 tanda suka, 758 perkongsian dan 1.6 juta tontonan di TikTok.

Baca Lagi:
Suspek utama pembunuhan kejam Ratu Cantik tahun 1979 meninggal dunia, ini kisahnya yang ramai tak tahu
Janda tak sempat pakai coli dicekup bersama lelaki bangladesh dalam bilik hotel
Wanita dirogol beramai-ramai dalam rumah, abang ipar jadi kepala bawa geng