Penumpang pesawat terkejut temui cacing merayap dalam sandwic sayur

Photo of author

By Syima Iza

Penumpang pesawat terkejut temui cacing merayap dalam sandwic sayur.

Seorang wanita yang menaiki pesawat IndiGo dari New Delhi ke Mumbai terkejut apabila mendapati terdapat seekor cacing pada sandwic sayur yang dihidangkan oleh kru kabin, lapor portal berita The Indian Express semalam.

Pakar diet dan jurulatih pemakanan, Kushboo Gupta memuat naik gambar sandwic itu menerusi akaun Instagramnya.

Penumpang pesawat terkejut temui cacing merayap dalam sandwic sayur

Kushboo berkata, memandangkan ia adalah penerbangan awal pagi, dia memilih sandwic sayur yang dikenakan bayaran pada 29 Disember lalu.

Tambah wanita itu, ketika menggigit, dia terkejut apabila melihat seekor cacing merayap pada rotinya sandwic.

Menurutnya, dia memaklumkan perkara itu kepada pramugari supaya penumpang lain dapat mengelak daripada mengalami kejadian serupa.

Bagaimanapun, Kushboo berkata, pramugari tersebut tidak mengambil serius aduannya dan terus menghidangkan sandwic kepada penumpang lain.

Kushboo kemudian menulis bahawa dia akan membuat aduan berhubung perkara itu.

Baca Juga:
Duda dicekup berkhalwat dengan janda bawa dua anak di hotel di Nilai
Juruterbang rakam cahaya aneh dalam hutan tebal di atas ruang udara Vietnam
Pempengaruh Jepun tinggalkan sesi live lepas dapat ‘early warning earthquake’, penonton kecut perut tengok pintu bergegar!