
Penumpang keretapi dakwa berjaya rakam kelibat ‘Bigfoot’ di kawasan pergunungan
Penumpang keretapi dakwa berjaya rakam kelibat ‘Bigfoot’ di kawasan pergunungan.
Seorang penumpang kereta api mendakwa telah berjaya merakam kelibat ‘Bigfoot‘ yang sedang berjalan melalui semak-samun di pergunungan di Colorado, lapor Daily Mail.
Kejadian itu dirakam pada Ahad lalu ketika seorang saksi menaiki kereta api Narrow Gauge dari Durango ke Silverton.
Penumpang itu dikatakan sedang mencari rusa bersama suaminya dan terganggu apabila kelibat makhluk berbulu itu tiba-tiba muncul.
Saksi bernama Shannon Parker dari Cheyenne, Wyoming bersama suaminya Stetson Tyler berkata: “Saya rasa, saya nampak Bigfoot’.
Seorang lagi saksi bernama Brandon yang melihat reaksi pasangan itu kemudiannya memutuskan untuk mengeluarkan telefon lalu merakam kelibat makhluk mitos itu.
“Makhluk Bigfoot yang sukar difahami,” kata Brandon semasa merakam video tersebut.
Video itu menunjukkan makhluk tersebut berkeliaran di sekitar lereng bukit sejurus sebelum ia kelihatan mencangkung dalam posisi sedang duduk.
Bigfoot itu juga dikatakan sempat menyamar di dalam semak disekelilingnya sambil melihat ke arah kereta api enjin wap tersebut.
Parker memberitahu bahawa ia adalah ‘peluang sekali dalam seumur hidup’ dan dia tidak pernah melihat perkara sedemikian sebelum ini.
BREAKING: A couple in Colorado shared footage they captured on a train of what they believe to be the legendary “Bigfoot” pic.twitter.com/dcmghg5IlG
— Daily Loud (@DailyLoud) October 11, 2023
“Apabila kami bercakap dengan konduktor di dalam kereta api, dia memberitahu kami bahawa dia juga tidak pernah melihat perkara itu sebelum ini.
“Beliau juga memberitahu kami bahawa dia pernah mengalami perkara yang tidak dapat dijelaskan semasa bermain salji di pergunungan itu,” kata Parker.
Penampakan Bigfoot di Mississippi
Pada bulan Ogos lalu, video dari 2015 yang dirakam oleh Josh Highcliffe tentang penampakan Bigfoot yang lain telah muncul semula di media sosial.
Highcliffe menyiarkan semua video itu di saluran YouTube milikinya kerana ramai pemburu Bigfoot berpendapat bahawa ia adalah rakaman terbaik bagi makhluk itu.
Menurut Highcliffe, rakaman yang dirakam sembilan batu ke barat Tunica, Mississippi itu menunjukkan seekor makhluk besar yang menyerupai seekor gorila.
Makhluk itu dikatakan sedang menarik kulit kayu dari batang pokok di belakang badannya.