Penumpang kereta kabel terperangkap lebih dua jam, Resort World Genting tampil mohon maaf

Photo of author

By Syima Iza

Penumpang kereta kabel terperangkap lebih dua jam, Resort World Genting tampil mohon maaf.

Pihak Resorts World Genting (RWG) hari ini memohon maaf berikutan kejadian beberapa penumpang kereta kabel Sky Way yang terperangkap lebih dua jam di laluan turun dari Stesen SkyAvenue, Genting Highlands malam tadi.

RWG melalui kenyataan mereka menegaskan bahawa pihaknya memberi jaminan bahawa keselesaan dan keselamatan pengunjung tetap menjadi keutamaan.

Penumpang kereta kabel terperangkap lebih dua jam, Resort World Genting tampil mohon maaf

Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, tindakan segera telah diambil dengan melaksanakan pelan kecemasan, termasuk menyediakan perkhidmatan ulang-alik di Terminal Genting Highlands Premium Outlets dan memberi bayaran balik tiket.

“Bagi tetamu yang ingin mendapatkan bayaran balik melalui tiket kereta kabel yang sah akibat kejadian ini, sila hubungi pasukan perkhidmatan pelanggan kami yang sedia membantu anda.
“Anda boleh menghubungi kami di tpguestservices@rwgenting.com. Kami sangat menghargai sokongan anda dan dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bahawa beberapa penumpang kereta kabel Sky Way mengalami detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian tersebut.

Menurut perkongsian beberapa pengguna TikTok yang berada di lokasi kejadian, mereka memaklumkan bahawa punca kereta kabel terkandas adalah disebabkan oleh masalah teknikal.

Baca Lagi:
Senarai 5 pekerjaan gaji paling rendah di Malaysia tapi kerja banyak kena buat
Penumpang e-hailing tiba-tiba menghilang, tinggal ‘Hadiah’ kain putih di tempat duduk
Pelajar perempuan tingkatan 3 kantoi skandal dengan kawan mak ayah, siap tawar gambar bog*l asalkan dapat phone baru & duit belanja