Penumpang e-hailing tiba-tiba menghilang, tinggal ‘Hadiah’ kain putih di tempat duduk

Photo of author

By Syima Iza

Penumpang e-hailing tiba-tiba menghilang, tinggal ‘Hadiah’ kain putih di tempat duduk.

Seorang pemandu e-hailing menarik perhatian orang ramai selepas mendedahkan bahawa penumpang yang diambilnya hilang secara tiba-tiba, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Rakaman di platform TikTok oleh akaun @noffan9 menunjukkan sebatang jalan sempit yang dikelilingi pokok besar serta rimbunan tumbuhan.

Penumpang e-hailing tiba-tiba menghilang, tinggal 'Hadiah' kain putih di tempat duduk

Difahamkan, penumpang tersebut hilang ketika mereka melalui kawasan hutan tersebut.

Lebih mengejutkan, katanya, penumpang itu sempat meninggalkan kain putih di tempat duduknya.

“‘Hadiah’ berupa kain putih ini ditinggalkan di atas motosikal,” kata perakam.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.1 juta tontonan bersama 23,500 tanda suka.

“Hantu zaman sekarang sudah maju sebab boleh tempah ‘rider’,” komen seorang netizen.

@noffan9♬ suara asli – noffan

Baca Lagi:
Lukisan wanita ditemukan semula selepas hilang hampir 100 tahun bikin ramai seram
Pesara tentera menyelam cari bola golf dalam tasik jana pendapatan RM8k sebulan
Ini cara tanam 3 jenis bawang popular di rumah, mudah sangat-sangat!