Penjual dadih tiup seruling mendayu-dayu buat orang ramai hiba

Penjual dadih tiup seruling mendayu-dayu buat orang ramai hiba

Betul kata bidalan, ‘lain padang lain belalangnya, lain orang lain caranya’ bagi menggambarkan tentang usaha seorang penjual dadih bergerak untuk menarik pelanggannya.

Dengan tiupan seruling yang mendayu-dayu, seorang lelaki menjadi tular di media sosial apabila caranya menjual dadih mendapat perhatian ramai.

Walaupun dikatakan dia akan meniup seruling ketika menunggu pelanggan datang, caranya itu juga membuatkan orang ramai hiba dengan alunan seruling yang dimainkan.

Penjual dadih tiup seruling mendayu-dayu buat orang ramai hiba

Penjual yang dikenali di media sosial Facebook sebagai Dadih Seruling Taiping itu sememangnya sudah terkenal di Perak dengan gaya uniknya ketika mempromosikan dadih yang dijual.

Terbaru, menerusi satu klip video tular, lelaki tersebut mengalunkan sebuah lagu terkenal era 1990-an, Hanya Padamu nyanyian kumpulan Qiara, yang telah menyentuh hati serta menarik perhatian ramai.

“Mendayu-dayu betul pakcik ni tiup seruling, sedih pula. Harap pakcik dimurahkan rezeki selalu. Kena pula dengan lagu Hanya Padamu ni,” jelas Anas John.

“Kalau aku ni dah leka dengan muzik seruling ni, kalau ada dekat depan abang ni tentu habis lima bekas dadih aku makan. Tahniah abang, semoga dimurahkan rezeki hendaknya,” kata Mat Lutfi Hakim.
Baca Juga:
Wanita berdepan detik cemas ular tedung terjuntai atas ‘water heater’ dalam bilik mandi
Lelaki terkaya Asia bayar Justin Bieber RM47 juta menyanyi di majlis praperkahwinan anak
Kematian mengejut pemain muda China di gelanggang, ini penjelasan Dr Malar apa sebenar yang berlaku
CATEGORIES