Penjenayah profesional letupkan 2 mesin ATM dalam masa lima minit, larikan RM349,000

Penjenayah profesional letupkan 2 mesin ATM dalam masa lima minit, larikan RM349,000

Penjenayah profesional letupkan 2 mesin ATM dalam masa lima minit, larikan RM349,000. Tiga penjenayah dipercayai mengambil masa lima minit bagi meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan wang berjumlah RM349,000 di sebuah bank di Setia Alam di sini, hari ini.

Mereka yang dikatakan profesional itu meletupkan ATM tersebut menggunakan tekanan gas selain menyembur kamera litar tertutup (CCTV) premis dengan cat hitam sehingga menyebabkan rakaman kabur dan kurang jelas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pukul 6.48 pagi.

Penjenayah profesional letupkan 2 mesin ATM dalam masa lima minit, larikan RM349,000

Katanya, pemeriksaan mendapati dua mesin ATM bank itu mengalami kerosakan teruk akibat diletupkan penjenayah.

“Satu daripada mesin itu berjaya dibuka manakala sebuah lagi tidak berjaya dibuka.

“Nilai keseluruhan kerugian dianggarkan RM409,000 termasuk wang tunai berjumlah RM349,000 yang dilarikan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohd. Iqbal, siasatan pihaknya mendapati tiga lelaki bertopeng menaiki kereta Mitsubishi ASX berwarna putih dilihat memasuki bank itu.

Tambahnya, siasatan awal unit forensik mendapati letupan dipercayai dihasilkan dengan cara tekanan gas dan rakaman CCTV kabur kerana disembur cat oleh suspek.

“Kesemua suspek membawa lari bersama bekas menyimpan wang dalam ATM itu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada kesan kebakaran di lokasi kejadian,” ujarnya.

Jelas beliau, kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 436/379 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Mak mertua tuduh bagi suami nasi ‘kangkang’ sebab tak belikan dia emas, siap post kat media sosial
Jurutera nekad buat ancaman bom palsu setelah terlepas dua penerbangan
Pesara jadi jutawan sekelip mata, menang cabutan utama BIMB bernilai RM1 juta
CATEGORIES