Penjawat awam pernah terima Anugerah Khidmat Cemerlang maut terjun dari tingkat 21 kondominium

Photo of author

By Syima Iza

Penjawat awam pernah terima Anugerah Khidmat Cemerlang maut terjun dari tingkat 21 kondominium.

Penjawat awam yang pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang maut dipercayai terjun dari tingkat 21 di sebuah kondominium di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 9 malam.

Penjawat awam pernah terima Anugerah Khidmat Cemerlang maut terjun dari tingkat 21 kondominium

“Mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan terbaring di kaki lima di kediaman berkenaan oleh pengawal keselamatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular beberapa gambar memaparkan mangsa ditemukan di tingkat bawah kediaman berkenaan.

Difahamkan, mangsa adalah penjawat awam yang berkhidmat di sebuah agensi di ibu kota.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) untuk dibedah siasat.

Baca Juga:
Burung sesat masuk flat, sekeluarga dalam ketakutan sembunyi dalam bilik, amah jadi ‘wirawati’
Muka berlubang, dah macam ‘jalan tar’ – Gadis menangis dihina teman wanita bekas kekasih
Tular lelaki makan ayam mentah setiap hari selama 100 hari