Penjawat awam bakal terima berita gembira 8 Ogos ini

Photo of author

By Syima Iza

Penjawat awam bakal terima berita gembira 8 Ogos ini.

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menjangkakan pengumuman berita baik kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos ini.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, kerajaan memberikan komitmen tinggi bagi menambah baik kebajikan penjawat awam di negara ini termasuk Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sedang diguna pakai telah dilaksana sejak 1 November 2002.

Penjawat awam bakal terima berita gembira 8 Ogos ini

“Cuepacs berterima kasih kepada Perdana Menteri dalam kenyataannya baru-baru ini iaitu kerajaan sedang menilai dan akan mengumumkan sesuatu kepada penjawat awam dalam waktu terdekat.

“Kami dimaklumkan ada satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri pada 8 Ogos, mudah-mudahan pada pertemuan itu, ada sesuatu untuk penjawat awam sebagaimana perkara kami bentangkan kepada Perdana Menteri pada perjumpaan 18 Julai lalu,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Malaysia MADANI Perkhidmatan Awam Bersama Cuepacs dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Jabatan Perdana Menteri di sini pada Rabu.

Adnan berkata, Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat berhubung keperluan khusus kepada penjawat awam baru-baru ini dan satu pasukan kajian bagi sistem saraan ditubuhkan bagi memperhalusi pelbagai perkara bagi menambah baik kebajikan kumpulan itu.

“Tuntutan kami dimasukkan dalam pasukan kajian tersebut dan mungkin belum selesai lagi ketika ini, tetapi apa diharapkan adalah satu bentuk kelegaan semasa untuk penjawat awam bagi menampung perbelanjaan keluarga sementara menunggu kajian sistem saraan itu dimuktamadkan,” katanya.

Perdana Menteri dilaporkan akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.

Baca Lagi:

Setelah tular dakwaan kaunter AKSB masih belum dibuka jam 9 pagi, Nik Amar kata staf ke tandas sekejap

Suami tak bagi duit RM5,000, isteri ugut rodok mulut suami dengan pisau

Lelaki patah hidung, pendarahan di kepala, dakwa dipukul ketika perlawanan Akhir Piala FA