Penjaga gol Turki disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi

Penjaga gol Turki disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi

Penjaga gol Turki disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi. PENJAGA gol Turkiye, Ahmet Eyup Turkaslan disahkan telah meninggal dunia berikutan gempa bumi yang melanda negara itu pada Isnin.

Lebih 5,000 orang telah meninggal dunia di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi itu.

“Penjaga gol kami, Ahmet Eyup Turkaslan meninngal dunia di bawah runtuhan gempa bumi. Rehatlah dengan tenang.

Penjaga gol Turki disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi

“Kami tidak akan melupakan anda, seorang yang sangat baik,” menurut kelab Turkaslan, Yeni Malatyaspor di laman Twitter mereka.

Turkaslan, 28, bermain enam kali untuk kelab divisyen dua Turki Yeni Malatyaspor selepas menyertai kelab itu pada 2021.

Bekas pemain sayap Crystal Palace dan Everton Yannick Bolasie, yang kini bermain untuk pasukan divisyen dua Turkiye, Caykur Rizespor, berkata di Twitter: “RIP saudara Eyup Ahmet Turkaslan.

“Sekejap anda boleh melihat seseorang di ruang istirahat, pada saat berikutnya mereka tiada.”

Bolasie menambah: “Takziah saya ucapkan kepada semua keluarga dan rakan sepasukannya di Yeni Malatyaspor. Mendukacitakan mendengar dan berharap kami semua dapat terus membantu semua orang yang memerlukan.”

Baca Lagi:
Duit dalam tabung tin mereput dan hancur, niat menabung lebur macam tu saja
Sekawan burung berkelakuan pelik sebelum gempa bumi melanda Turkiye dan Syria
‘Lari keluar selamatkan diri’ – Doktor Malaysia di Gaziantep, Turkiye kongsi pengalaman hadapi gempa bumi

 

CATEGORIES