Peniaga terkejut sewa Pasar Payang jadi RM400, sebelum ini RM110

Peniaga terkejut sewa Pasar Payang jadi RM400, sebelum ini RM110

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) diminta mengkaji semula kadar bayaran sewa ruang niaga di Pasar Kedai Payang Dua yang dinaikkan daripada RM110 sebulan kepada RM400 sebulan.

Peniaga di lokasi berkenaan mendakwa terkejut apabila menerima notis tawaran sewa bagi ruang niaga yang dihantar oleh MBKT pada Ahad lalu.

Semua peniaga di pasar berkenaan dijangka berpindah ke Pasar Kedai Payang Satu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Peniaga terkejut sewa Pasar Payang jadi RM400, sebelum ini RM110

Peniaga barangan dapur, Wan Saidah Wan Abdul Ghani, 37, meminta MBKT mengkaji semula kenaikan kadar sewa ruang niaga di lokasi berkenaan. Katanya, berdasarkan notis tawaran sewa ruang niaga premis, peniaga diminta menjelaskan bayaran pendahuluan selama tiga bulan iaitu RM1,200, wang amanah kunci RM100 dan amanah elektrik berjumlah RM100.

“Keseluruhan, peniaga yang ditawarkan ruang niaga perlu menjelaskan bayaran RM3,530, termasuk bayaran penyediaan papan iklan berjumlah RM1,600.

“Kenaikan kadar sewa ruang niaga daripada RM110 sebulan kepada RM400 sebulan amat membebankan peniaga,” katanya ditemui di Pasar Kedai Payang Satu, di sini, hari ini.

Peniaga barangan dapur, Sharipah Ahmad, 41, berkata, peniaga hanya memperoleh hasil jualan kira-kira RM500 sehari dan meningkat kepada RM1,000 sehari ketika musim cuti.

Peniaga terkejut sewa Pasar Payang jadi RM400, sebelum ini RM110

“Kadar kenaikan ruang niaga seluas kira-kira tiga meter lebar dan tiga meter panjang serta enam meter lebar dan enam meter panjang terlalu drastik dan mengejutkan peniaga.

“Kadar kenaikan harga sewa ruang niaga di Pasar Kedai Payang Satu serta pelbagai bayaran perlu dijelaskan sebelum serahan kunci amat membebankan peniaga,” katanya.

Sharipah merayu MBKT mengkaji semula kadar sewa serta bayaran pendahuluan yang dikenakan kepada peniaga.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Payang dan Bazar Warisan negeri, Ahmad Sukri Abdullah, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan MBKT berkaitan keresahan peniaga terutama membabitkan kenaikan harga sewa ruang niaga.

Katanya, keresahan peniaga, terutama membabitkan kenaikan harga antara RM400 dan RM800 sebulan, bergantung kepada keluasan ruang niaga sudah dalam pemakluman MBKT.

“Setakat ini, MBKT bersetuju peniaga boleh membayar kos papan iklan secara ansuran.

“Kita juga sudah mengemukakan surat rayuan terutama memohon pengurangan kadar sewa kepada MBKT,” katanya.

Baca Juga:
Faisal Halim bakal adakan sidang media khas
Wanita tak puas hati tengking anggota pihak berkuasa tuntut sewa rumah PPR yang tertunggak
Lelaki India cakap Jawa style macam ‘bomoh Jowo’ curi tumpuan
CATEGORIES