Peniaga R&R Perasing berdepan tindakan undang-undang setelah wanita maut makan sandwich beracun

Peniaga R&R Perasing berdepan tindakan undang-undang setelah wanita maut makan sandwich beracun

Peniaga R&R Perasing berdepan tindakan undang-undang setelah wanita maut makan sandwich beracun.

Peniaga di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman berdepan tindakan undang-undang susulan kes keracunan makanan yang dijual sehingga menyebabkan kematian seorang wanita pada Disember tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr Kasemani Embong berkata, keputusan ujian makmal terhadap sampel makanan diambil dari premis berkenaan menunjukkan berlaku pelanggaran dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Peniaga R&R Perasing berdepan tindakan undang-undang setelah wanita maut makan sandwich beracun

“Sebelum ini pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman telah menjalankan siasatan terhadap premis terlibat bagi mengenal pasti punca sebenar berkaitan isu itu

“Beberapa sampel makanan serta swab peralatan dan pengendali makanan telah diambil untuk membantu siasatan.

“Kita dapati terdapat pelanggaran peraturan ditetapkan dan tindakan perundangan sedang diambil ke atas peniaga terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau menasihati pengusaha dan pengendali makanan supaya sentiasa menitikberatkan aspek kebersihan serta keselamatan makanan dan minuman yang dijual.

“Pastikan makanan disediakan bersih serta selamat bagi mengelakkan kes keracunan makanan kepada pelanggan khususnya dan orang ramai amnya.

“Tindakan perundangan termasuk pendakwaan ke mahkhamah akan diambil terhadap pengusaha dan pengendali makanan yang cuai dalam penyediaan makanan sehingga menyebabkan makanan yang dijual kepada orang ramai tercemar oleh bahan atau bakteria, virus dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih dan pengendali makanan yang beretika.

“Amalkan konsep perhati dan pilih sebelum membuat keputusan membeli makanan dan lihat, hidu dan rasa sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan yang telah basi rosak,” katanya.

Pada 23 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini didakwa akibat keracunan makanan yang dibeli di R&R itu.

Maklumat itu dikongsi kepada umum melalui hantaran yang dimuat naik seorang individu di grup media sosial Facebook Pengguna LPT (Lebuhraya Pantai Timur).

Individu berkenaan mendakwa ibu saudaranya itu datang dari Johor ke Terengganu untuk proses pendaftaran anak saudaranya ke sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini.

Katanya, sebelum mengalami keracunan makanan, wanita berkenaan telah singgah ke R&R itu dan telah membeli serta memakan sandwic tersebut.

Baca juga:
Pelakon popular nafi video onani atas katil viral adalah dirinya, serah pada netizen buat penilaian
Mayat budak 2 tahun berselimut ditemui dalam peti sejuk
Sudahlah menyewa percuma selama empat tahun, bil elektrik pula dibiarkan tertunggak sehingga RM21,000
CATEGORIES