Peniaga online jadi jutawan, promosi produk hanya 3 saat catat jualan RM65 juta

Peniaga online jadi jutawan, promosi produk hanya 3 saat catat jualan RM65 juta

Peniaga online jadi jutawan, promosi produk hanya 3 saat catat jualan RM65 juta.

Seorang peniaga online di China mengundang perhatian netizen kerana kaedah uniknya mempromosikan produk jualan dalam masa hanya tiga saat tanpa menunjukkan sebarang reaksi wajah, lapor portal berita Must Share News kelmarin.

Zheng Xiangxiang menggunakan platform Douyin untuk mempromosikan pelbagai jenis produk.

Peniaga online jadi jutawan, promosi produk hanya 3 saat catat jualan RM65 juta

Dengan teknik luar biasanya itu, wanita tersebut berjaya menjana jualan sebanyak 100 juta yuan (RM64.7 juta) dalam masa hanya tujuh hari.

Taktik pemasaran Xiangxiang amat mudah, iaitu pembantunya menghulurkan kotak mengandungi produk kepadanya, yang kemudian disambut wanita itu dan membukanya.

Dia kemudian menyebut harga produk yang ditunjukkan sebelum menyimpan kembali dan menolak kotak tersebut. Semua pergerakan itu berlaku dalam masa tiga saat.

Menurut portal berita 8Days, meskipun kotak-kotak yang digunakan menyerupai kotak jenama mewah, produk yang dijual berharga kurang daripada 10 yuan (RM6.47).

Baca Lagi:
Suasana pilu di KLIA, Nurul Ain dan suami selamat tiba di Malaysia
Kompaun parkir MBKT naik 100 peratus mulai esok
Penyerang antarabangsa Ghana meninggal dunia ketika perlawanan bola Liga Albania
CATEGORIES